'Alhamdulillah, dia dah boleh senyum...' - Lan Solo ziarah Syura di hospital, lega lihat semakin stabil

No Image Caption
A
A
A

PENYANYI dan komposer, Lan Solo meluangkan masa menziarahi rakan baiknya, Syura Badron, yang kini dirawat di Unit Rawatan Separa Rapi (HDU) di sebuah hospital swasta selepas disahkan mengalami jangkitan kuman dalam darah.

Menurut Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, dia menerima khabar mengenai keadaan Syura ketika sedang membuat persembahan di Melaka pada Sabtu

“Malam tadi masa show di Melaka dapat info daripada suami Syura beritahu dia tak stabil dan kena masuk hospital selepas masalah kesihatannya makin merosot.

“Hari ini lepas selesai beberapa komitmen dengan anak-anak, kami sempat singgah jenguk sekejap sebelum ke Shah Alam,” tulisnya di Instagram.

Lan berkata, biarpun keadaan Syura masih belum stabil sepenuhnya, dia lega melihat penyanyi itu sudah mampu mengukir senyuman ketika mereka datang menziarah.

“Alhamdulillah, dia dah boleh senyum bila tengok kami datang. Kira okeylah kan, walaupun macam-macam bacaan di skrin tu menunjukkan dia belum betul-betul stabil lagi hari ini.

“Rasanya dia akan sambung rawatan di HDU sampai betul-betul stabil. Sama-sama kita doakan kesihatan Syura ya, moga kembali kuat dan sihat seperti selalu,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Suami Syura mula berkongsi keadaan isterinya pada Ahad.
Suami Syura mula berkongsi keadaan isterinya pada Ahad.

Sementara itu, suami penyanyi berusia 39 tahun itu, Muhammad Farizat Ismail, memaklumkan bahawa Syura pada awalnya hanya mengalami batuk dan selesema sebelum diserang demam berpanjangan sejak seminggu lalu.

Katanya, walaupun keadaan kesihatan semakin merosot, isterinya tetap berkeras mahu menghadiri festival makanan di Port Dickson, Negeri Sembilan, yang berlangsung selama empat hari.

Bagaimanapun keadaan kesihatannya semakin membimbangkan kerana tidak mampu untuk berdiri sebelum dikejarkan ke hospital.

“Doktor segera melakukan imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) dan mengesahkan terdapat jangkitan kuman dalam darah yang sudah merebak ke buah pinggang.

“Mujur kami segera bawa Syura ke hospital kerana jika terlambat sehari dua lagi, kuman itu boleh merebak ke organ lain,” jelasnya menerusi laporan Berita Harian.

Farizat turut memohon orang ramai agar terus mendoakan kesembuhan isterinya itu.

“Saya mohon agar semua mendoakan Syura kembali sihat seperti sedia kala. Doa orang ramai sangat mustajab,” ujarnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang