Amir UK’s mangsa 'pakej haji percuma', impian ke Tanah Suci musnah. 'Di sana menanti, di sini menunggu'

No Image Caption
A
A
A

ESOK sudah tiba hari wukuf, penyanyi Amir UK’s terpaksa reda dengan ketentuan selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan dengan pakej tajaan penuh secara percuma bagi mengerjakan rukun Islam kelima itu menerusi Visa Mujamalah.

Menurut Amir, mereka mempercayai tawaran tersebut kerana menerima surat panggilan mengerjakan haji daripada sebuah agensi pelancongan terkemuka yang didakwa berdaftar di bawah Lembaga Tabung Haji (TH).

“Selain surat panggilan, kami turut dimaklumkan akan menggunakan visa Mujamalah iaitu pakej VVIP, menaiki pesawat sewa khas, dan semua kos serta perbelanjaan akan ditanggung oleh pihak penaja.



“Namun apabila disemak semula pada surat tawaran yang diterima, nama kami hanya dicalonkan dan bukannya disenaraikan sebagai jemaah yang telah terpilih.



"Perkara ini hanya disedari selepas kami membuat semakan bersama pihak berkuasa,” katanya kepada Sinar Harian.

Lapor Astro Awani, terdahulu, Amir atau nama penuhnya Mohd Azmir Muhammad Yusof, 56, dan isterinya, Sarimah Ahmad, 51, menzahirkan rasa kesal selepas terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 1 Jun lalu selepas terpedaya kononnya ia dibiayai seorang hartawan dan dermawan yang tidak mahu dikenali.

“Di sana menanti, di sini menunggu...”

“Namun apa yang berlaku hanyalah penantian panjang tanpa jawapan, surat tawaran dihantar, kursus diatur, suntikan diambil.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

“Malah dikhabarkan bakal berlepas dari Kompleks Bunga Raya KLIA dengan pesawat khas tetapi sehingga subuh, apa yang dijanjikan, tiada siapa datang, tiada pasport dan visa diserah.

“Surat tawaran oleh agensi pelancongan itu ada, disertakan tarikh, ada butiran penerbangan. Kami tunggu di KLIA jam 5 petang pada 1 Jun tapi tiada siapa datang. Hanya kami hadir sebab yang lain sudah lihat WhatsApp, ada mesej terkini katanya ditangguhkan.

“Keesokan malam, diminta tunggu lagi, katanya penerbangan sekitar 4 pagi pada 3 Jun, ramai hadir tapi akhirnya semua hampa,” kata Amir kepada media.

Bekas vokalis kumpulan Ukays itu berkata, mereka hanya menyedari ditipu apabila tiada seorang wakil agensi berkenaan hadir di KLIA, malah kumpulan WhatsApp yang pada mulanya aktif, mula dikawal ketat.

No Image Caption

“Tak boleh komen. Hanya admin boleh buat hantaran. Kalau nak tanya, mesej peribadi. Kami ikut sahaja sebab semua ini tajaan. Kami tidak mahu banyak soal, sebab ini tajaan orang, segan kalau terlalu banyak soalan.

“Sebenarnya, kawan isteri saya yang beritahu peluang ni. Katanya, ini rezeki ada orang nak tolong.

"Jadi kami pun fikir, mungkin ini peluang yang Tuhan bagi, agensi ini juga katanya sah sebab itu saya yakin dan tidak rasa ini penipuan,” katanya.

Susulan itu, Amir tampil membuat laporan polis pada 3 Jun di Balai Polis KLIA untuk tindakan lanjut selain menasihatkan orang ramai mengambil iktibar atas insiden menimpanya.

Foto: Ihsan Astro Awani
Foto: Ihsan Astro Awani

Pihak polis menerima tujuh laporan setakat ini berhubung isu sekumpulan jemaah haji terkandas di KLIA dipercayai menjadi mangsa penipuan visa.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman mengesahkan siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 420 dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan.

Sumber: Sinar Harian, Astro Awani

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang