Anak Shila Amzah dijangkiti kutu di sekolah, reaksi Seth & Ubai undang ketawa. 'Alhamdulillah makin banyak cakap, rajin papa melayan'
![No Image Caption](https://website-sinarharian.sinarharian.com.my/sinarplus/uploads/images/2025/02/11/thumbs/900x900/3003031.jpg)
ANAK sulung penyanyi Shila Amzah, Seth Uwais baharu sahaja memasuki prasekolah tidak dapat lari daripada dijangkiti kutu.
Apa yang melucukan reaksi Seth seakan gembira selepas menerima jangkitan parasit itu menjadi perhatian warganet.
Menerusi video yang dimuat naik suami Shila, Ubai MZ, si cilik berusia enam tahun itu terkejut namun teruja. Tidak hanya Seth, Ubai juga dijangkiti serangga kecil itu.
"Baru masuk sekolah sudah ada kutu. Jangan gelak-gelak bro, ini bukan satu pencapaian.
![No Image Caption](https://website-sinarharian.sinarharian.com.my/sinarplus/uploads/images/2025/02/11/3003032.jpg)
"Habislah, Tina (pembantu) juga kena, saya pun kena.
"Satu rumah perlu pest control," kongsi Ubai.
Shila yang membeli ubat pembasmi kutu menyapunya pada rambut dan kepala suami serta anaknya.
Dalam masa yang sama, menerusi video Seth juga menerangkan kepalanya yang dijangkiti kutu.
"Saya dapat dari sekolah. Maaf papa," kata Seth.
![No Image Caption](https://website-sinarharian.sinarharian.com.my/sinarplus/uploads/images/2025/02/11/3003034.jpg)
Selepas disapukan ubat dan disikat, kepala Seth didapati terdapat kutu dan telurnya.
"Saya akan sihat nanti doakan saya guys," kata Seth.
Artikel berkaitan:
- Anak sulung Shila Amzah disahkan autisme tahap satu. 'Doakan yang ke depan untuk Seth Uwais'
- Sedih tetapi sedia hadapi segala ketentuan, Shila Amzah buka mulut tentang penceraian ibu bapa
- Kasih bertaut kembali, Fauziah Sarman, Syada hadir majlis akikah anak Shila Amzah
- 'Saya sudah bersedia dan akan menjadi suami dan ayah yang terbaik untuk Shila dan Seth.'-Ubai
Menjengah ke ruangan ramai yang terkenang momen dijangkiti serangga kecil itu pada zaman persekolahan dan ketika menginap di asrama.
"Tak boleh lupa kenangan kena kutu zaman sekolah, kena botakkan kepala."
"Dulu pernah ada kutu emak potong rambut pendek dan cuci dengan ubat kutu. Bau syampu tu busuk tapi hilang juga.Terima kasih emak."
"Sekolah rendah memang auto ada kutu. Tak kira lelaki pun kena."
"Satu nikmat apabila dapat kepit kutu dan bunyi 'tik'. Kalau tidak berbunyi, memang tidak puas hati."
![No Image Caption](https://website-sinarharian.sinarharian.com.my/sinarplus/uploads/images/2025/02/11/3003033.jpg)
Tidak kurang juga yang tersentuh dengan perkembangan Seth yang semakin baik selepas disahkan mengalami mild autismepada Jun tahun lalu.
"Terima kasih papanya yang rajin melayan dan ajak sembang. Banyak perubahan Seth."
"Seronok tengok anak Shila sekarang, sudah petah bercakap. Ubai berjaya jadi papa yang baik."
"Bagus Ubai, rajin bercakap dengan Seth. Seth sekarang berubah jadi banyak mulut."
"Dari sudut lain, saya happy Seth sudah banyak cakap."
"Ubai rajin layan Seth bersembang. Good job Seth, makin cerdik!
"Super happy Seth banyak bercakap now, good job Shila dan Ubai."
"Suka tengok dan sangat impressed dengan perubahan Seth yang banyak celoteh sekarang."
Terdahulu, si kecil itu mengalami masalah lambat bertutur atau speech delay pada usia tiga tahun. Sejak itu, Seth dipantau pakar yang mengesyaki si kecil itu mengalami autisme.
Untuk rekod, Seth adalah anak daripada perkahwinan pertama Shila bersama Haris Idraki Elias.
Perkahwinan Shila dan Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefl pada 5 Ogos 2023 dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Rhea Akira, sembilan bulan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang