Sissy Imann pengacara majlis nikah Amira dan Fattah. 'Nasib baik sayang, tak kisah datang majlis kena kerja'
PENYANYI dan pengacara, Sissy Iman meluahkan rasa gembira apabila berita sahabat baiknya, Amira Othman, bakal melangsungkan perkahwinan dengan pelakon Fattah Amin.
Tidak hanya itu, difahamkan, pemilik nama Sissy Imann Mohammad Kamil, 30, akan bertugas sebagai pengacara untuk majlis ijab kabul pasangan berkenaan.
"Berita perkahwinan mereka akhirnya dikeluarkan. Insya-ALLAH, semoga dipermudahkan segala urusan," titipnya.

Menerusi Insta Story, Sissy memuat naik satu tangkap layar perbualannya dengan Amira yang pada awalnya mahu memberikan jemputan kepada Sissy, namun tidak menyedari terlibat secara langsung dalam majlis yang dijadualkan berlangsung pada 14 September.
'Nasib baik sayang... Jadi tak kisahlah datang majlis kena kerja waktu tu,” titipnya.
Terdahulu, industri seni tanah air dikejutkan dengan pengumuman perkahwinan Fattah dan Amira pada Isnin.

Momen istimewa itu diabadikan ketika Amira dan adiknya, penyanyi Irfan Haris melancarkan lagu duet lagu terbaharu mereka berjudul Rasa & Takdir.
Pasangan tersebut dijadualkan akan berkahwin pada 14 September 2025, bersempena dengan ulang tahun kelahiran Fattah yang ke-35.
Majlis pernikahan djangka akan berlangsung di sebuah hotel di Johor Bahru.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
