'Daddy tak sibuk, dah besar nanti Fatima faham...'Fattah kongsi pesanan buat puteri kesayangan, tetap tidak aibkan bekas isteri

No Image Caption
A
A
A

'KALAU tengok video ni nanti, daddy nak Fatima tahu, kasih sayang daddy tak pernah berkurang...'

Itulah luahan penuh sayu yang cukup menyentuh hati daripada pelakon tampan, Fattah Amin.

Perkongsian Fattah itu mencuri perhatian ramai ketika menitipkan pesanan buat puteri kesayangannya, Nur Fatima Aisya.

Menerusi satu temu bual bersama Janna Nick yang dimuat naik di TikTok @mimpi_syakila, bapa tunggal tersebut nyata tidak mampu menyembunyikan perasaannya apabila menyentuh soal permata hatinya yang kini berusia lima tahun.

Ujarnya, setiap detik bahagia sejak kelahiran cahaya matanya hingga ke hari ini tetap terpahat dalam ingatan, malah disimpan rapi dalam telefon sebagai kenangan yang tak ternilai.

"Memang kalau diberikan peluang untuk bercakap sendiri kepada Fatima, daddy memang tidak mahu perkara ini terjadi.

“Daddy memang sayangkan Fatima dan awak tahu daddy sayang Fatima macam mana, dari bayi sampai besar. Sepanjang daddy, mommy dengan Fatima, daddy simpan semua memori dalam telefon daddy dan daddy memang sayangkan Fatima,” luahnya.

Dalam masa sama, Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd Amin,35, tetap menanam harapan agar Fatima tidak melupakannya sebagai bapa, meskipun mereka kini dipisahkan oleh keadaan.

Artikel Berkaitan:

“Walaupun sekarang ini daddy dah tak duduk dengan Fatima, tapi daddy harap Fatima tak lupakan daddy dan daddy akan sentiasa cuba luangkan masa dengan Fatima sebaik mungkin,” ucapnya.

Pelakon drama Hero Seorang Cinderella itu juga berkongsi impian kecil yang mungkin tampak biasa pada orang lain, tetapi besar maknanya buat seorang ayah untuk melihat anaknya tersenyum bahagia.

“Daddy nak bawa Fatima jalan-jalan bagi Fatima gembira, kita pergi taman, kita pergi beli mainan, beli apa sahaja yang Fatima suka.

“Kalau boleh daddy nak buat macam tu tetapi bukan sebab daddy sibuk tapi nanti bila Fatima dah besar, Fatima akan faham keadaan sebenarnya,” ujarnya.

Dalam keterbukaan itu, Fattah turut menyampaikan pesansan penuh makna agar Fatima membesar dengan kasih seimbang terhadap kedua orang tuanya, tanpa perlu berat sebelah dalam menyayangi mereka berdua.

“Apapun jadi Fatima kena sayangkan mommy kena sayang daddy, sama-sama. Sebab Fatima lahir daripada mommy dan daddy.

“Kalau Fatima tengok video ni nanti daddy nak Fatima faham, sayang daddy kepada Fatima sama macam mommy sayangkan Fatima tiada kurang tiada lebih, kami berdua sayangkan awak sangat,” tambahnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya tidak dapat menahan rasa sebak mendengar ungkapan jujur seorang ayah yang tetap menyimpan kasih tanpa berbelah bahagi buat anak tercinta.

Malah, ada yang menyifatkan bapa kepada seorang cahaya mata itu sebagai lelaki yang matang terutamanya dalam menjaga aib serta maruah bekas isterinya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang