'Dari segi hukum, Zara dan Tokram…,’ Alyah jelaskan isu ibu susuan, dedah bukan sekadar anak angkat biasa

No Image Caption
A
A
A

BARU-baru ini penyanyi terkenal, Datin Alyah berkongsi kisah menyentuh hati mengenai kehadiran cahaya mata angkatnya, Nur Izzara yang menjadi pelengkap dalam kehidupannnya dan suami, Datuk Ramli MS.

Dalam satu perkongsian di Instagram, Alyah atay nama sebenarnya Nor Hasliah Abu Hassan menjelaskan bahawa beliau telah menjadi ibu susuan kepada Izzara.

Sekali gus menjadikan hubungan Izzara dan suaminya seperti bapa dan anak kandung.

"Satu lagi perkara yang ingin saya kongsikan, saya telah menyusukan Zara.

"Jadi, dari segi hukum, Zara dan Tokram (suami saya) mempunyai hubungan seperti anak dan ayah kandung.

"Harap dengan penjelasan ini, ia dapat menjawab persoalan yang sering diajukan mengenai status ibu susuan dan hakikat hubungan kami",tulisnya.

Bagi menjawab persoalan ramai, penyanyi berusia 44 tahun itu mendedahkan anaknya yang mesra dipanggil Zara tidak diambil dari mana-mana rumah kebajikan atau anak yatim, tetapi merupakan darah dagingnya sendiri.

Artikel Berkaitan:

Pelantun lagu Thank You ALLAH itu berkongsi Zara bukan sekadar anak angkat biasa, tetapi juga anak saudara kandung kepada Alyah sendiri.

"Baru-baru ini, ramai yang DM dan mesej bertanya tentang Zara—dari mana saya mendapatkannya dan bagaimana cara mengambil anak angkat yang comel.

"Jadi, saya ingin jelaskan di sini, Zara bukan diambil dari mana-mana rumah kebajikan atau rumah anak yatim. Dia sebenarnya anak saudara saya sendiri," ujarnya.

Isteri kepada pengarah muzik terkenal sempat menitipkan nasihat kepada pasangan yang berhasrat mengambil anak angkat untuk membuat pertimbangan yang sewajarnya.

"Ramai yang teruja untuk mengambil anak angkat, tapi sebelum buat keputusan besar ini, fikirkan dengan sebaiknya.

"Jangan hanya ikut cakap orang atau kerana hati terasa ingin membela anak kecil.

"Ini bukan sekadar tanggungjawab biasa, ianya melibatkan jiwa dan nyawa", tambahnya.

Kehadiran Zara dalam keluarga kecil itu sememangnya membawa kebahagiaan yang tidak terhingga.

Sebelum ini, Alyah pernah berkongsi video di Instagram yang memaparkan sisi penyayang Ramli MS melayan Izzara dan menunjukkan kasih sayang seorang bapa kepada anaknya.

Menariknya, nama 'Izzara' dipilih oleh Alyah selepas mendapat ilham ketika berkunjung ke sebuah restoran di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, Melaka.

Beliau pada mulanya ingin menamakan anak angkatnya sebagai 'Izara Aishah' tetapi bimbang akan kekeliruan dengan nama pelakon terkenal tersebut.

Atas nasihat ibunya, Alyah menambah 'Nur' di hadapan nama tersebut, menjadikannya 'Nur Izzara'.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang