Dipercayai alami serangan jantung, Amirul AF4 meninggal dunia. Isteri sedang hamil trimester ketiga
DUNIA hiburan tanah air dikejutkan dengan berita pemergian bekas pelajar Akademi Fantasia (AF) musim keempat, Amirul Azwan Mohd Ghazali, 37, dipercayai akibat serangan jantung.
Berita duka itu disahkan rakan seangkatan AF4, Diddy AF atau Dr Syamsul Hirdi Muhid.
Menurut Diddy, khabar sedih pemergian Amirul hanya diketahuinya menerusi sepupu kepada isteri Allahyarham pada pagi tadi.
Artikel penuh:

"Kami sudah lama tidak berhubung. Bagaimanapun, saya dimaklumkan mengenai pemergian arwah oleh salah seorang kakitangan saya yang juga sepupu kepada isterinya.
"Allahyarham kini berada di sebuah hospital di Kuching, Sarawak. Saya difahamkan arwah tidak mempunyai sejarah penyakit, jadi proses bedah siasat dijalankan jam 2 petang," katanya kepada Berita Harian.
Difahamkan, pemergian Amirul meninggalkan seorang isteri.
Lebih menyedihkan, isterinya kini sedang hamil di trimester ketiga.
Sekadar info, Amirul menyertai AF4 pada 2006 dan terkeluar pada minggu kelapan bersama Haziq Rosebi.
Sumber: Berita Harian
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

