Elyana lawat Siti Bainun di penjara, akui semakin cantik & pandai buat kuih frozen. 'Walaupun terpisah dengan cermin...'
PENYANYI Elyana berkongsi momen beliau sekeluarga melawat pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Razali.
Pemilik nama sebenar, Erneelya Elyana Emrizal itu turut memuat naik sekeping foto memaparkan suasana di pekarangan Penjara Kajang.
Baharu pertama kali bertemu dengan Bainun, Elyana mengakui gembira dan emosinya bercampur baur.
Malah, kata beliau Bainun yang banyak berjasa baginya itu semakin cantik.
Namun, pertemuan di sebalik dinding kaca sudah memadai mengubat rindunya kepada wanita yang disapa sebagai Enon itu.
"Hari ini saya sekeluarga dapat melawat Siti Bainun. Hati ini berbunga-bunga bila abangnya beritahu, Enon nak berjumpa saya sekeluarga.
"Alhamdulillah,permintaan Enon sudah saya tunaikan. Sebenarnya dari awal saya menunggu peluang ini. Terima kasih tolong kakak.
"Perasaan bercampur-baur saat pertama kali bersua muka tadi. Hiba yang tak dapat saya gambarkan. Seorang yang berjiwa besar dan banyak berjasa kini terpisah dengan dunia luar.
"Ini semua ujian untuk menaikkan darjat Enon di akhirat nanti. Semoga Enon semakin kuat untuk dugaan yang amat besar ini.
"Terubat rindu dapat bercakap dengan Enon. Walaupun terpisah dengan cermin, tetapi kami berbual seperti biasa. Kadang menangis, kadang ketawa, semuanya positif. Beliau sangat tenang dan makin cantik!," titipnya.
Tidak sekadar itu, penyanyi lagu Tak Tercapai Akalmu dan Kalis Rindu berkenaan turut memaklumkan betapa prihatin Bainun terhadap kesihatan dirinya dan mengagumi keredaan ibu kepada Bainun yang disebut Mama.
Katanya, Bainun kini ditugaskan menghasilkan produk sejuk beku oleh pihak penjara.
"Beliau risau sangat tentang kesihatan saya. Sepatutnya kita yang risau tentang keadaan dia di dalam sana. Itulah Bainun dari dulu sampai sekarang sentiasa memikirkan tentang orang lain lebih dari diri sendiri. Banyak yang beliau korbankan, yang tahu sahaja tahu.
"Kepada mama Bainun dan keluarga, jaga kesihatan. Saya doakan semoga mama terus kuat untuk meneruskan kehidupan. Melihat tenangnya mama mengajar saya erti reda atas segala ketentuan-NYA.
"Enon beritahu 'di dalam' penuh dengan aktiviti setiap hari. Dia diberikan tugas untuk membuat makanan sejuk beku. 'Cucur badak dia sedap kak'
"Saya cakap tak apa, sebelum balik nanti akak beli segala produk frozen tanda sokongan kepada penghuni-penghuni yang sedang berusaha menjadi manusia yang lebih baik lagi.
"(Individu) yang diluar sini pun belum tentu lagi semua baik. Hanya kerana ALLAH masih menyimpan Aib kita.
"Cakap yang baik-baik, doa yang baik-baik. Ingat,kita masih ada anak cucu dan keturunan. Jangan lupa kepada 'apa yang kita tabur anak cucu kita akan tuai," kongsinya.
Elyana berkahwin Khairul Anuar Husin pada 19 November 2010 dan dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Cinta Sumayyah.
Pada Oktober 2018, Elyana telah mengambil seorang anak angkat lelaki yang menghidap sindrom Down diberi nama Tulus.
Sekadar info, Bainun menghadapi dua pertuduhan mengabai dan menganiaya mangsa yang berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan remaja itu cedera fizikal serta emosi di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini, pada Februari hingga Jun 2021Bagi pertuduhan pertama, Siti Bainun dipenjara 10 tahun, sementara penjara 12 tahun bagi pertuduhan kedua.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan pertama, Siti Bainun dipenjara 10 tahun, sementara penjara 12 tahun bagi pertuduhan kedua.
Kedua-dua hukuman itu berjalan serentak bermula tarikh sabitan.
Selain hukuman penjara, Siti Bainun juga diarah melaksanakan khidmat masyarakat selama 200 jam yang perlu disempurnakan dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang