Fattah Amin, Amira Othman pilih konsep Islamik Al-Zauj, majlis nikah tema romantis senja

No Image Caption
A
A
A

PERNIKAHAN selebriti Fattah Amin dan Amira Othman dijangka berlangsung secara ringkas tetapi penuh erti.

Dalam temu bual radio, pengasas Reka Teemor, Rozana Mumtaz memaklumkan tema Al-Zauj dipilih bagi menzahirkan hasrat pasangan itu meraikan pernikahan dalam suasana Islamik.

Difahamkan, konsep berkenaan selari dengan hasrat pasangan untuk menjadikan hari istimewa mereka sebagai simbol penyatuan suci dan penuh keberkatan.

“Al-Zauj membawa makna ‘dua jiwa dipertemukan oleh ALLAH’.

“Fattah dan Amira memang mahukan tema dan konsep Islamik jadi kami ketengahkan konsep sedemikian. 

No Image Caption

"Kami juga bawakan elemen senja atau ‘sunset’ diselitkan bersama," jelas Rozana.

Rozana juga memaklumkan segala persiapan majlis berjalan lancar.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan, majlis yang dijadualkan pada malam Ahad itu dijangka bakal dihadiri kira-kira 200 tetamu, terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan rapat pasangan berkenaan.

Terdahulu, Fattah dan Amira mengumumkan perkahwinan mereka 

pada Isnin lalu sekali gus mengesahkan spekulasi hubungan mereka secara rasmi.

Mereka memilih untuk disatukan pada tarikh 14 September 2025, bersempena dengan ulang tahun kelahiran Fattah ke-35.

Sumber: Awani

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang