'ALLAH tak pernah tinggalkan kita…’ – Pesanan Ustazah Nazirah buat Amira Othman menjelang hari bahagia

No Image Caption
A
A
A

PERKAHWINAN pelakon dan penyanyi Amira Othman berbaki beberapa hari lagi. Pendakwah  Ustazah Nazirah Abu Bakar sempat menitipkan pesanan, nasihat dan kata-kata positif buat bakal raja sehari itu.

Menurut Ustazah Nazirah yang juga Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu, dalam perkahwinan, suami dan isteri perlu meletakkan pergantungan dan harapan utama hanya pada ALLAH, bukan kepada manusia.

"Reda dan bersabar dengan segala bentuk takdir, sama ada yang manis mahupun yang pahit.

"Jalani kehidupan termasuk perkahwinan dengan kesedaran bahawa semuanya adalah ujian; dan setiap ujian itu boleh menjadi pahala, jika disyukuri atau disabari.

No Image Caption

"Berkahwinlah tanpa meletakkan ekpektasi (harapan) terhadap pasangan. Apabila tidak mendapat apa yang diimpi, kita akan rasa kecewa dan hampa. Bernikahlah dengan niat kerana ALLAH. Sekalipun tidak dihargai, kau akan sedar bahawa ALLAH tidak pernah meninggalkan kita walau sekelip mata.

"Hidup, jika tidak meninggalkan kita, kita pula yang akan meninggalkannya. Jika bukan perpisahan hidup (perceraian), kadang-kadang datang juga ujian perpisahan melalui kematian. Bujang itu ujian, kahwin pun ujian, bercerai juga satu ujian.

"Lalu jalani dan menikmati ia sebagai sebahagian ujian yang akan membawa kita menerima apa yang Nabi pernah pesan. “Sangat ajaib keadaan seseorang yang beriman, sesungguhnya segala urusannya adalah baik, dan itu tidak terjadi kepada seseorang kecuali hanya bagi orang yang beriman. Jika dia mendapat kesenangan dia bersyukur, maka demikian itu kebaikan buatnya. Dan jika dia mendapat kesusahan, dia bersabar, maka demikian itu adalah kebaikan buatnya.” (Hadis Riwatar Muslim, hadis sahih).

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Ustazah Nazirah yang turut bersama meraikan Amira dalam majlis bachelorrette usrah baru-baru ini mengakui ramai tersentuh dengan kasih sayang rakan-rakan kepada selebriti itu.

"Ramai yang random mesej tanya saya tentang Amira  dan bakal suaminya. Saya sekadar memeriahkan suasana saja, penyimpan rahsia dia, Betty Rahmad.

"Satu sahaja saya nak sebut walau baru bersua muka, ramai sungguh orang sayang kat Amira. Amira yang kahwin, kawan-kawannya pula menangis berjemaah  

terutamanya Wany Hasrita .

"Circle dia sangat baik-baik masya-ALLAH. Semoga ALLAH berkati dan menjaga Amira dan Fattah, bahagia dunia akhirat dan mengikat hati mereka berdua hingga ke syurga. Kita doakan ramai-ramai," titipnya.

Terdahulu, Fattah dan Amira mengumumkan akan berkahwin pada 14 September 2025 ini.

Bakal dilangsungkan di sebuah hotel di Johor Bahru, tarikh tersebut dipilih sempena dengan ulang tahun kelahiran Fattah yang ke-35.

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang