Fattah Amin hadiahkan ibunya Azizah MPV Toyota Noah. ‘Segalanya untuk ibu…’

No Image Caption
A
A
A

PELAKON Fattah Amin menghadiahkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) buat ibu tersayang, Azizah Abdul Ghani.

Menerusi hantaran di Instagram, pemilik nama Abdul Fattah Mohd Amin, 35, yang turut diiringi bapanya, Mohd Amin Musa, memberi kejutan dengan menutup mata Azizah ketika menyampaikan hadiah berkenaan di sebuah pusat pameran kereta.

“Alhamdulillah, rezeki hari ini apabila Fattah menghadiahkan sebuah kereta baharu buat ibu tersayang.

"Daripada ibu, untuk ibu, demi ibu, harapan ibu. Segalanya untuk ibu.

“Terima kasih Fattah Amin kerana memilih kami,” kongsi wakil jualan, Sayap Niaga Sdn Bhd.

Memilih rona merah metalik untuk ratu hatinya, Azizah dilihat terharu sempat memeluk Fattah. Mereka berdua kemudian menaiki MPV itu. 

No Image Caption

Difahamkan, kenderaan berkenaan dianggarkan bernilai antara RM155,000 hingga RM180,000, bergantung kepada spesifikasi dan tahun pengeluaran.

Artikel Berkaitan:

Ia menawarkan ruang kabin luas untuk memuatkan tujuh hingga lapan penumpang dalam satu masa.

Warga maya terharu menyaksikan detik emosi anak-beranak itu mendoakan agar Fattah dimurahkan rezeki. 

"Masya-ALLAH rezeki Fattah dikongsi bersama ibu tercinta, berkat."

"Dulu dihina dan dimalukan kerana tidak beri duit raya dan tetapi takdir ALLAH dia dapat hadiahkan syurganya sebuah MPV."

"Alhamdulillah."

Sekadar info, Fattah yang merupakan anak sulung daripada lima orang adik-beradik memiliki tudung jenamanya sendiri iaitu Tudung Azizah.

Pelakon itu baharu mendirikan rumah tangga dengan penyanyi terkenal Amira Othman pada 14 September 2025.

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang