Amira Othman masih ditahan di hospital, belum lepas untuk ikut Fattah ke Korea. '3 doktor pakar cakap...'
KEADAAN kesihatan penyanyi Amira Othman dilaporkan masih belum pulih sepenuhnya.
Menerusi perkongsian di Insta Story, pelantun lagu Rasa dan Takdir itu menjelaskan bahawa suaminya, Fattah Amin, terpaksa berangkat ke luar negara walaupun beliau masih dirawat dan ditahan di wad.
Difahamkan, Fattah sempat menemani Amira di wad sebelum terbang ke Korea Selatan untuk memenuhi rangka kerja yang telah dijadualkan lebih awal.
"Aloo omeii suami saya. Saya pujuk dia suruh terbang juga (ke Korea Selatan) kerana kasihan team Rissa sudah membuat persediaan A hingga Z. ALLAH sebaik-baik Perancang.
"Terima kasih temani saya tidur hospital semalam. Be safe and have fun in Korea. Saya tidak lepas lagi untuk terbang ke sana.
"Tiga orang doktor pakar saya jumpa semua memaklumkan tidak boleh fly lagi buat masa ini kerana cuaca di sana sejuk kan.
"Insya-ALLAH doakan saya selalu. Ok sahaja, sedikit lagi. Saya sayang awak Fattah Amin," titip Amira.

Sementara itu, pemilik usahawan, Nurul Syaheera berkongsi keadaan dan punca duta produknya itu tidak ikut serta dalam projek jelajah di Korea Selatan.
Menerusi satu sesi siaran langsung di TikTok, wanita itu menjelaskan, Amira kini menerima rawatan di hospital dan tidak dapat terbang bersama mereka ke Korea Selatan atas sebab kesihatan.
Susulan itu, pihaknya memaklumkan keputusan telah diambil untuk meneruskan perjalanan tanpa Amira kerana persiapan yang sudah dibuat.
“Amira tak boleh fly atas sebab-sebab tertentu, sebab kita dah rancang dan bayar semua.
“Pada awalnya saya cuba hold semua tapi tak dapat sebab masa singkat. Jadi selepas perbincangan, kami ambil keputusan untuk terbang dulu," kongsinya.
Terdahulu, Fattah dan Amira diijab kabul pada 14 September di sebuah hotel di Sepang, Selangor.
Demikian menurut pelakon terkenal Fattah Amin ketika diminta berkongsi pandangan mengenai segelintir lelaki yang cepat 'move on' selepas melalui fasa penceraian.
">
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
