Fitri Haris timang anak kedua pada hari wukuf, kongsi tarikh lahir sama. 'Syukur nikmat & rezeki daripada ALLAH'

No Image Caption
A
A
A

KEGEMBIRAAN berganda dirasai penyanyi nasyid terkenal, Dr Fitri Haris apabila dikurniakan ‘hadiah terindah’ sempena ulang tahun kelahirannya yang jatuh pada 5 Jun lalu.

Menerusi perkongsian di Instagram, Fitri atau nama sebenarnya Mohamad Fitri Mohamad Haris, meluahkan rasa syukur selepas selamat menimang anak keduanya di Royal Derby Hospital, United Kingdom.

Lebih istimewa, bayi perempuan itu juga lahir bertepatan dengan hari Wukuf di Arafah, salah satu hari paling mulia dan penuh keberkatan dalam kalendar Islam.

“Alhamdulillah syukur ya ALLAH, 5 Jun 2025, bersamaan hari wukuf di Arafah, lahirlah puteri kami di Royal Derby Hospital, United Kingdom. Yang lebih istimewa, tarikh 5 Jun juga merupakan tarikh lahir saya sendiri. Syukur atas segala nikmat dan rezeki ALLAH.”

“Terima kasih isteriku @el_mrsfitri yang kuat dan sabar melahirkan zuriat ini,” tulis pelantun lagu Wahai Kekasihku itu lagi.

Kegembiraan juga jelas terpancar di wajah juara Gema Gegar Vaganza (GGV) musim kedua itu apabila diberikan peluang memotong tali pusat si kecil.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis tidak henti-henti mengucapkan ucapan tahniah serta meluahkan rasa tidak sabar menunggu untuk melihat wajah dan mengetahui nama si kecil itu.

Untuk makluman, pasangan itu selamat mendirikan rumah tangga pada tahun 2019.

Artikel Berkaitan:

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Bilal Habibi, yang dilahirkan pada 28 Jun 2021.

Untuk rekod, Fitri turut mempunyai seorang anak perempuan, Sofea Soleha hasil perkahwinan terdahulu yang kini difahamkan tinggal bersama bekas isteri di Singapura.

Sementara itu, Fazilah turut mempunyai seorang anak lelaki Qhalish Rayyan Adam, hasil perkahwinan terdahulu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang