Tahniah! Shaniena selamat timang bayi perempuan. Suami luah rasa syukur, hadiahkan loket emas buat jururawat hospital

No Image Caption
A
A
A

TANGISAN pertama si kecil yang lahir ke dunia sering menjadi detik paling emosional buat pasangan suami isteri. Ia bukan sekadar simbol kehidupan baharu, tetapi juga tanda pengorbanan, cinta dan perjuangan yang tidak ternilai.

Begitu juga yang dirasai oleh Choudhry Wasim, suami kepada pempengaruh media sosial Shaniena Natasya, selepas melalui momen penuh debar menanti kelahiran cahaya mata sulung mereka baru-baru ini.

Namun, apa yang menjentik hati ramai bukan sekadar kegembiraan mereka menimang anak pertama, sebaliknya tindakan spontan lelaki itu yang menghadiahkan loket emas kepada jururawat yang menjaga isterinya.

Menerusi satu hantaran tular di media sosial, dia yang mesra disapa DJ Twister itu dilihat membawa beberapa beg kertas berisi loket emas bernilai ribuan ringgit sebagai hadiah buat petugas kesihatan di hospital tempat isterinya melahirkan anak.

"Ye, DJ bagi emas kat jururawat yang jaga bayi dan isterinya," tulis Shaniena.

Tindakannya meraih perhatian ramai, malah rata-rata netizen tersentuh dengan keprihatinannya terhadap barisan jururawat yang sering kali tidak diberi perhatian sewajarnya.

"Bersyukurnya dapat hadiah loket emas, pemurah betul suaminya bagi hadiah emas kat jururawat, lagi semangat nak kerja kalau macam ni," kata Aleyshaa.

"Akhlak yang patut dicontohi, menghargai para pasukan perubatan yang membantu isteri dia lahirkan bayi pertama," ujar NRSD.

Artikel Berkaitan:

Untuk makluman, pempengaruh berusia 22 tahun itu selamat melahirkan bayi perempuan sulungnya pada 2 Jun lalu, tepat jam 3.58 pagi menerusi kaedah pembedahan Caesarean (czer).

Shaniena turut berkongsi bahawa dia mengambil suntikan epidural bagi mengurangkan kesakitan sepanjang proses kelahiran berlangsung.

Sebagai rekod, pasangan sama cantik sama padan itu sah bergelar suami isteri pada Mei 2023, dan kini melangkah ke fasa baharu kehidupan selepas dikurniakan cahaya mata pertama di sebuah hospital di Pulau Pinang.

Untuk info, DJ Twister turut mempunyai seorang cahaya mata lelaki bernama Sammer, hasil perkahwinan terdahulu, yang kini menginjak usia tujuh tahun.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang