Hanya boleh jumpa anak sulung 4 hari sebulan, Fizo anggap luahan Maryam reaksi normal. 'Kasih sayang semuanya sama...'
SUKA penulis melihat keluarga Fizo Omar, meriah dengan cahaya mata. Baharu menimang anak mata keempat, pelakon itu menghargai setiap zuriat yang hadir dengan adil.
Susulan isu anak sulung, Wan Maryam didakwa diabaikan, pemilik nama Wan Hafizol Wan Omar itu menjelaskan keadaan sebenar.
Memetik laporan Mstar, Fizo memaklumkan dia hanya dibenarkan bertemu Maryam empat hari sahaja dalam sebulan dan tidak diberikan akses pada waktu lain seperti yang telah ditetapkan sejak lapan tahun lalu.
“Mudah kata, saya tidak dibenarkan untuk berjumpa anak pada waktu lain, sebaliknya hanya perlu mengikut tempoh sudah ditetapkan. Sudah lapan tahun seperti ini,”katanya.

Suami kepada Fazeera Nazri Azrai itu memberikan penjelasan tentang luahan Maryam yang tular di TikTok.
Dia bagaimanapun enggan menganggap hal tersebut sebagai sesuatu yang serius kerana menyifatkan ia sebagai reaksi normal seorang kanak-kanak.
“Mungkin dia (Maryam) berasa macam itu (tidak disayangi).
“Bukan saja Maryam, anak-anak yang tinggal serumah dengan saya kadang-kadang pun cemburu apabila saya peluk adik mereka,” kata Fizo.

Biarpun memiliki masa kekangan masa bersama, aktor berusia 39 tahun itu menegaskan hubungannya dengan Maryam tetap baik dan berusaha mencurahkan kasih sayang secara adil tanpa pilih kasih.
“Alhamdulillah kami sekeluarga bahagia, semuanya baik-baik sahaja.
“Kasih sayang semuanya sama… hakikatnya Maryam terlebih kasih sayang,” ujarnya.
Mengulas kata-kata segelintir warganet, bekas pengacara Nasi Lemak Kopi O itu berkata beliau enggan ambil pusing komen negatif kerana tidak mahu berada dalam suasana yang mencetuskan konflik emosi.

“Orang cerdik akan fikir logik, mana ada bapa tak sayang anak. Saya tak mahu layan komen-komen netizen,” kata Fizo.
Untuk rekod, Fizo dan Mawar Karim pernah berkahwin pada 10 Nonember 2013 dan bercerai pada 2019. Hasil perkongsian hidup, mereka diserikan dengan kelahiran Wan Maryam.
Fizo kemudian mendirikan rumah tangga dengan Fazeera Oktober 2021 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Wan Khaleeda, 4, dan Wan Umaira, 2, dan seorang bayi lelaki pada bulan lalu.
Sumber: mStar
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
