'It's a boy...' Fizo Omar timang cahaya mata keempat, terharu sambut sendiri kelahiran bayi
TAHNIAH diucapkan buat pelakon Fizo Omar dan isterinya, Fazeera Nazri Azrai yang selamat menimang anak keempat.
Berkongsi berita gembira itu di laman sosial Instagram, Fizo menitipkan kesyukuran Fazeera selamat melahirkan anak lelaki mereka di sebuah hospital swasta di Seri Kembangan pada Selasa.
Biarpun sudah empat kali menyambut kehadiran 'orang baharu,' pemilik nama Wan Hafizol Wan Omar itu menghargai momen bermakna menyambut zuriat dengan tangan sendiri.
"Its a boy, Alhamdulillah.
"Terima kasih di atas doa semua. Semalam pada jam 5.19 petang, 17 Jun 2025, isteri saya Fazeera telah pun selamat bersalin secara normal.
"Alhamdulillah semuanya dipermudahkan proses kelahiran bayi lelaki seberat 3.52 kilogram.

"Ia adalah satu momen yang sangat berharga buat sebagai seorang ayah apabila doktor sekali lagi memberi peluang untuk menyambut kelahiran dengan menarik sendiri si kecil keluar daripada rahim ibunya.
"Masya-ALLAH satu perasaan yg amat sukar utk sya gambarkan. Perasaan excited, sedih, hiba dan bangga semuanya bercampur baur saat melihat zuriat kita sendiri dilahirkan," kongsinya yang turut memuat naik foto sejurus selepas si kecil dilahirkan.
Dalam hantaran yang sama, bekas pengacara Nasi Lemak Kopi O itu tidak lupa menitipkan terima kasih atas pengorbanan isteri tercinta yang melalui kehamilan dan kelahiran sebagai pelajar pascasiswazah.

"Alhamdulillah syukur rezeki dari ALLAH, tiga anak perempuan dan seorang anak lelaki. Setiap anak yang dilahirkan datang bersama rezeki dan kebahagian yang melimpah ruah. Aamiin.
"Kredit kepada wanita hebat, my lovely wife yang banyak berkorban menjaga anak-anak dalam keadaan sarat mengandung dan dalam masa sama menyambung pelajaran lagi di peringkat Masters di Universiti Kebangsaan Malaysia.
"Semoga doa berterusan daripada semua memberi keberkatan di dalam rumah tangga kami dan dikurniakan anak yang soleh dan solehah, aamiin," kongsinya.
Warga maya mengucapkan tahniah kepada pasangan itu dan mendoakan agar si kecil membesar dengan sihat.
Sekadar info, Fizo, 40, dan Fazeera diijabkabulkan pada Oktober 2021.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Wan Khaleeda, 4, dan Wan Umaira, 2.
Selain itu, Fizo memiliki seorang anak perempuan, Wan Maryam, 8, daripada perkahwinan pertamanya bersama usahawan Mawar Karim.
Sumber: Instagram
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
