Hati Nora Danish sudah dimiliki? Netizen titip pesan buat Mickey Ayo selepas foto lelaki berkopiah dimuat naik
AKTRES jelita Nora Danish terus menjadi perhatian selepas berkongsi foto separuh wajah seorang lelaki berkaca mata dan memakai kopiah putih menerusi Instagram.
Dalam hantaran tersebut, Nora turut menulis ungkapan ‘A new chapter’ atau ‘bab baharu’ seolah memberi bayangan bab baharu akan bermula dalam kehidupannya dan memuat naik beberapa gambar yang telah dirakamnya sepanjang bulan Ogos.
Perkongsian pemilik nama Nora Mohd Danish Hanif itu kemudiannya mencetuskan kegembiraan dalam kalangan rakan selebriti dan peminat.
Rata-rata mendoakan pelakon drama berantai popular Puteri dan Puteri Reunion itu menemui kebahagiaan.

Segelintir netizen mendakwa mengenali identiti lelaki yang muncul dalam gambar dimuat naik oleh Nora dan mengaitkannya dengan perunding kewangan berjaya serta duda kepada dua orang cahaya mata, Mickey Ayo.
Malah menerusi sebuah hantaran bulan Julai, Mickey dipercayai turut memuat beberapa keping foto Nora.
Susulan itu, laman sosial Mickey menjadi tumpuan para peminat Nora. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat cuba mendapatkan jawapan daripada hantaran yang dimuat naik itu.
Tidak kurang juga yang menitipkan doa agar segala urusan dipermudahkan, sekiranya benar Mickey dan Nora sedang mengenali hati budi.

Lebih meyakinkan, Mickey dilihat memberikan tanda suka kepada komen-komen yang meminta beliau menjaga Nora dengan baik.
"Tolong jaga ND kami dengan baik."
"Semoga menjaga ND dengan kasih sayang, sehingga sampai syurga, aminnn."
Sekadar rekod, Nora berkahwin kali pertama dengan Toh Muda Datuk Riza Rizal Ashram atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan berpisah pada awal Julai 2008.
Daripada perkahwinan itu, Nora menimang cahaya mata sulung iaitu Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram.
Beliau kemudian mendirikan rumah tangga dengan Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 namun bercerai pada 2024.
Hasil perkahwinan, Nora dan Nedim dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Mohamed Neqayl, 7.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
