Nadia Kesuma meninggal dunia akibat sakit jantung, kehilangan terjawab

No Image Caption
A
A
A

SELEPAS siasatan dijalankan susulan kehilangan, Nadia Kesuma dilaporkan meninggal dunia Jeddah, Arab Saudi.

Berita sedih itu dikongsikan rakan baik dan Presiden Gagasan Transformasi Anak Seni (GTAS), Anne Abdullah menerusi satu hantaran di laman sosial Facebook.

"Selamat jalan adik akak sayang dunia akhirat. Dengan penuh rasa dukacita dan hati yang berat, setelah segala usaha, siasatan dan bantuan daripada semua pihak, kami ingin memaklumkan bahawa sahabat kita yang tercinta, Nadia Kesumawati, telah kembali ke rahmatullah di Jeddah.

"Pemergian ini amat menyedihkan dan meninggalkan kesan yang mendalam buat saya dan kita semua. Terima kasih yang tidak terhingga kepada setiap individu dan pihak yang telah membantu, berusaha, mendoakan dan memberi sokongan sepanjang proses pencarian dan siasatan ini.

No Image Caption

"Semoga ALLAH SWT mengampunkan segala dosa arwah, menerima segala amal kebaikannya, dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman dan berkasih sayang dengan-NYA, al-Fatihah.

"Semoga keluarga arwah diberi ketabahan, kekuatan dan ketenangan dalam menghadapi ujian yang berat ini. Sesungguhnya kita milik ALLAH dan kepada-NYA kita kembali," titip Anne.

SinarPlus terdahulu melaporkan kehilangan Nadia yang gagal dikesan selepas tiba di Lapangan Terbang Raja Abdul Aziz Jeddah pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Nadia yang berangkat ke Tanah Suci secara bersendirian sepatutnya menaiki penerbangan ke London pada jam 8.30 pagi setelah transit sekitar dua jam di Jeddah. Namun dia tidak menaiki pesawat untuk ke London dan tidak dapat dikesan setelah ke tandas. 

Beberapa kali nama dipanggil di lapangan terbang namun Nadia tidak muncul. Beg hand carry miliknya dijumpai di lapangan terbang manakala beg dalam kargo pesawat telah sampai di London.

Sekadar info, Nadia berlakon dalam filem Syaitan Munafik, Kudeta dan drama antaranya, Gerak Khas, drama bersiri Suri Hati serta Bintang.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang