'Biarlah hidup peribadi saya kekal peribadi.' Ada perancangan berkahwin, Syed Saddiq akan umum bila tiba masa

No Image Caption
A
A
A

 

AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak asing lagi dalam kalangan peminat industri hiburan tanah air.

Sementelah selepas hubungannya dengan penyanyi dan pelakon Bella Astillah yang sedang hangat diperkatakan.

Ditanya tentang perancangan masa hadapan termasuk berkahwin, menerusi programInterviu oleh Sinar Harian, ahli politik muda itu menjelaskan mempunyai pelan ke arah itu.

"Tipulah kalau saya nak membujang selamanya. Memang ada perancangan dan perjalanan ke situ (perkahwinan)," ujarnya.

Bagaimanapun, figura yang pernah diiktiraf sebagai pendebat terbaik Asia itu mahu memiliki ruang sendiri dalam hal yang bersifat peribadi.

No Image Caption

"Dalam proses ingin membina rumah tangga, memang akan ada pasangan, keluarga dan privasi yang perlu di hormati.

Artikel Berkaitan:

"Dan dalam proses-proses tersebut, biarlah hidup peribadi saya kekal peribadi sampai masanya tiba untuk diumumkan kepada semua.

"Perkara politik, saya terbuka as I can. (Namun perihal perkahwinan) ia melibatkan bukan setakat saya tetapi orang lain seperti keluarga. (Jadi) lebih baik proses tersebut dihormati," ujarnya.

No Image Caption

Sekadar info, Syed Saddiq pernah muncul dalam video klip lagu nyanyian Bella Astillah berjudul Tapi Bukan Denganmu.

Mereka merupakan sahabat baik dan sering melakukan aktiviti rekreasi bersama seperti badminton.

No Image Caption

Syed Saddiq dan Bella kemudian muncul dalam banyak rangka promosi sebagai duta produk, termasuk berlakon dan hos live.

Ibu kepada sepasang cahaya mata itu juga dilihat tidak ketinggalan hadir ke mahkamah memberi sokongan buat Syed Saddiq sehingga beliau dilepas dan dibebaskan atas empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah jenayah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA).

Malah, pelantun lagu Pano turut menghadiri majlis sambutan ulang tahun kelahiran abang Syed Saddiq baru-baru ini.

 

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang