Kieran hidap kanser prostat, sudah merebak ke perut & paru-paru. 'Saya lambat buat rawatan penuh'

Kredit foto: Berita Harian
Kredit foto: Berita Harian
A
A
A

SYAFAKILLAH buat bekas penyampai radio, Kieran. Sudah lama tidak mendengar celotehnya, pemilik nama Maskiran Jakiran, 49, rupanya kini menghidap kanser prostat.

Pasti ramai yang rindu bicaranya bersama DJ Krill di radio, kan? Sedih pula mendengar khabar terbaru yang deejay kesayangan ramai itu sedang menerima di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Memetik Berita Harian, kanser itu katanya sudah mula merebak pada organ lain.

"Saya menghidap kanser prostat yang sudah sedikit merebak ke perut dan paru-paru. Sekarang, saya menerima rawatan di HKL di wad Jabatan Onkologi.

"Kanser ini sudah menyerang agak lama, cuma saya yang lambat buat rawatan penuh," katanya.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Kieran yang aktif sebagai pengacara terpaksa menolak tawaran kerja pengacaraan untuk majlis dan turut dinasihatkan doktor untuk berehat.

"Saya memang sudah tak ambil kerja pengacaraan majlis sejak Ogos lagi dan memang doktor suruh banyakkan berehat.

"Nampaknya, saya kena rehat betul-betul untuk kebaikan. Maaf kepada yang tawarkan kerja dan terpaksa tolak kerana keadaan saya tidak mengizinkan," katanya.

Kini bapa kepada tiga cahaya mata itu perlu menjalani empat kali sesi kemoterapi dan akan terus ditahan di wad sehingga Isnin bagi memudahkan pihak hospital memantau kesihatannya.

No Image Caption

"Saya ditahan di wad bermula Jumaat lalu dan dijangka akan dirawat di sini sehingga Isnin depan bergantung kepada keadaan selepas selesai pusingan pertama kemoterapi ini.

"Jadual yang doktor beri sebanyak empat kali sesi kemoterapi. Ini sesi minggu pertama selama lima hari dan dimulakan dengan dos rendah terlebih dahulu bagi lihat reaksi kepada tubuh.

"Jadual seterusnya akan ditentukan nanti," katanya.

Sekadar info, Kieran yang popular menerusi slot Pagi Di Era itu pernah bertugas di stesen radio Era, Hot FM, dan Sinar FM turut dikenali sebagai pengacara rancangan Roda Impian.

Sumber: Berita Harian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang