'Kini boleh terbang jauh...' Leona kini pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan universiti terkemuka UK, Azhar Sulaiman hadir meraikan

No Image Caption
A
A
A

PEMPENGARUH Kasih Iris Leona kini rasmi Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan selepas selamat menamatkan pengajiannya di University of Bath, United Kingdom.

Menerusi Instagram, anak kepada pelakon Azhar Sulaiman itu manis menggayakan busana kebaya moden rona merah jambu.

No Image Caption

Malah, pempengaruh berusia 23 tahun itu sempat memuat naik beberapa foto bersama pakaian lengkap konvokesyen bersama jambangan bunga.

"Graduated with a Bachelor of Science in Management from University of Bath," kongsinya.

No Image Caption

Leona, yang mempunyai lebih 500,000 pengikut di Instagram dan 787,000 di TikTok, sebelum ini berkongsi perasaan gugupnya ketika menghadiri upacara konvokesyen.

"Saya gugup dan rasa hendak menangis," titipnya.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Lebih menarik lagi, Azhar dan seisi keluarga memakai sedondon merah jambu untuk meraikan anak bongsunya itu.

Tidak hanya itu, pelakon yang mesra disapa Abehar itu turut menitipkan ucapan tahniah buat Leona.

No Image Caption

"Twinkle twinkle my little star. Kini kamu mampu terbang lebih jauh dari tempat kamu bermula. 

"Tahniah kepada Kasih Iris Leona Azhar. #Daddymommy," kongsinya.

Sekadar info, Leona menyambung pelajarannya di University of Bath pada September 2022.

Selain Leona, Azhar yang mendirikan rumah tangga dengan Chempaka Amalin Pahamin turut memiliki seorang anak lelaki, Andika Rees Pahamin iaitu kembar kepada Leona dan puteri sulung, Kasih Leia Ixora.

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang