Sebak! 22 kali kemoterapi, pesakit kanser tahap empat Nur Syahidatunnajwa terima skrol IPG di pentas konvo undang air mata

No Image Caption
A
A
A

 

KALAU sudah nekad, tiada apa yang mustahil. Begitulah yang dibuktikan oleh Nur Syahidatunnajwa Mohamad Naim, seorang pejuang kanser limfoma tahap empat yang kini bergelar graduan Institut Pendidikan Guru (IPG).

Menerusi sebuah video tular mencecah 663,000 tontonan,nama bakal guru itu namanya diumumkan di pentas konvokesyen IPG Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang, seluruh dewan berdiri memberi tepukan gemuruh.

Bukan hanya kerana kejayaannya menamatkan pengajian dalam bidang Pendidikan Islam Pendidikan Rendah, tetapi juga kerana kekentalan semangatnya melawan kanser yang menyerang sejak sekian lama.

Difahamkan, Syahidatunnajwa telah menjalani 22 kali rawatan kemoterapi dan 15 sesi radioterapi demi melawan kanser limfoma yang dihidapinya.

Dalam paparan video dikongsikan menerusi akaun @shafiqalsukri, wajah bakal guru itu yang hanya tenang di atas pentas konvokesyen meruntun hati ramai.

No Image Caption

Paling menyentuh perasaan ialah apabila pengacara majlis menyifatkannya sebagai simbol kekuatan dan inspirasi sejati.

Artikel Berkaitan:

"Sidang ini turut meraikan seorang graduan yang istimewa, Nur Syahidatunnajwa Mohamad Naim. Pengkhususan Pendidikan Islam.

"Beliau ialah pejuang kanser limfoma tahap empat yang telah menjalani 22 kali kemoterapi, 15 radioterapi dan kini masih menjalani rawatan.

"Dengan semangat juang dan jitu kini beliau hadir sebagai simbol ketabahan dan inspirasi buat kita semua dan membuktikan penyakit bukan penghalang untuk mencapia kejayaan.

"Berikan tepukan paling gemuruh dan sama-sama doakan semoga beliau sembuh daripada penyakit yang dihidapi.

"Tahniah dan syabas,” ujar pengacara sambil disambut sorakan dan air mata dari seluruh dewan.

Meski tubuh lemah dan tidak sekuat rakan yang lain, namun azamnya tetap membara ingin menjadi pendidik dan memberi ilmu kepada anak bangsa.

No Image Caption

Lebih manis, salah seorang pengguna dipercayai adik kepada Syahidatunnajwa turut berkongsi rasa bangga terhadap kakaknya.

“Tak pernah sekali pun dia merungut sepanjang rawatan. Kini, perjuangannya terbayar,” tulisnya pada ruangan komen.

Video yang dikongsi itu turut dihujani doa dan kata-kata semangat daripada netizen. Rata-rata mengakui mereka sebak melihat kecekalan gadis muda itu dan berharap agar dia terus diberikan kekuatan untuk sembuh sepenuhnya. Ujar mereka;

"Your the real fighter! Semoga ALLAH angkat segala penyakitnya dan kembali sembuh aamiin."

"Kawan maahad saya. Dia lemah lembut, tutur kata, akhlak dia pun semuanya baik. Memang ALLAH uji dia dengan kanser dan kehilangan ayahnya. Kita bangga dengan Syahid! Alhamdulillah akhirnya tamat pengajiannya, terima kasih kerana bertahan Syahid! We 16 gen proud of you!"

"Her strength is remarkable."

Semoga kisah Nur Syahidatunnajwa menjadi inspirasi buat kita semua bahawa walau sehebat manapun badai melanda, dengan semangat dan doa, tetaplah berdiri gagah menggapai kejayaan.

Sumber: TikTok

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang