Kongsi pengalaman berpantang tradisional, video Atikah Suhaime dibanjiri komen 'pakar tak bertauliah'. 'Saya tiada masalah makan bayam, tambah darah..."

PELAKON Datin Atikah Suhaime, yang sebelum ini aktif berkongsi video masakan dan ‘mukbang’ di media sosial, kini melalui fasa baharu dalam hidupnya selepas bergelar ibu.
Pemilik nama Nur Atikah Mohd Suhaime selamat melahirkan cahaya mata sulung pada 8 Mac lalu, dan bayi perempuan comel itu diberi nama Lyla Mulan Teh.
Seperti kebanyakan ibu baharu, Atikah memulakan proses berpantang dengan mengambil pakej khas selama 28 hari bersama jururawat penjagaan ibu dalam pantang atau confinement lady (CL).
Dalam satu perkongsiannya, beliau menunjukkan rutin berpantang termasuk bertungku dan bersauna untuk menghilangkan lenguh badan serta memperbanyakkan susu badan.
Namun, perkongsiannya mengundang pelbagai reaksi daripada netizen, terutama ‘pakar tidak bertauliah’ yang tidak ketinggalan memberi pendapat serta membandingkannya dengan pengalaman warga maya sendiri.
Demikian reaksi pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah tatkala diminta berkongsi perasaan selepas cucu pertama.
Dalam satu temu bual bersama SinarPlus baru-baru ini, beliau yang mesra disapa Shiera berkongsi karenah anak sulungnya, Tallisya dalam berpantang.
Untuk perkongsian lebih lanjut lagi boleh tonton video ini." />
"Di awal bersalin tak digalakkan bersauna sebab kita dah kehilangan banyak darah, air dalam badan kurang, takut dehidrasi. Saya pun CL," tulis seorang pengguna media sosial.
Tidak cukup dengan itu, keputusan memilih bayam berbanding sayur lain turut mengundang persoalan dalam kalangan ibu dan wanita.
Menurut tuan empunya badan, bayam dipilih kerana kaya dengan zat besi dan mampu membantu menambah semula darah yang banyak hilang selepas bersalin.
"Terpulang kepada badan masing-masing. Alhamdulillah, saya okay makan bayam dan tidak mengalami masalah angin atau rasa sejuk.
"Bayam sangat membantu saya menambah darah, sekali gus merangsang penghasilan susu badan,"* kongsi Atikah.
Bukan itu sahaja, kaedah kelahiran puteri sulungnya turut menjadi topik perdebatan dalam kalangan warganet.
Sebelum ini, isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Lokman Teh, pernah memaklumkan bahawa beliau melahirkan secara induksi dan menggunakan epidural untuk mengelakkan trauma selepas bersalin.
Jelasnya, kaedah tersebut dipilih kerana beliau mengalami kesukaran memantau pergerakan bayi dalam kandungan.
Bagaimanapun, muncul pula komen-komen mempertikaikan keputusannya menggunakan epidural apabila ada yang mendakwa ia memberi kesan sampingan dalam jangka panjang.
Walau apa pun pendapat orang luar, pengalaman bersalin dan berpantang setiap ibu berbeza.
Yang penting, kesihatan tubuh badan terjaga dan bayi mendapat penjagaan sempurna.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang