Luahan isteri Nabil Ahmad, titip kata semangat buat suami bikin sebak. 'Ayah ada kami, anggap peringatan ALLAH mahu kita...'

BARU-baru ini, enam individu termasuk tiga penyampai radio Era FM bagi segmen 3 Pagi Era hadir di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mempersendakan upacara agama lain.
Di sebalik kontroversi yang tercetus, respond isteri kepada penyampai radio, Nabil Ahmad, betul-betul menyentuh hati ramai.
Isteri, Zira Ayub dalam satu hantaran di Threads, menitipkan kata-kata semangat buat suami tercinta agar terus kuat menghadapi ujian yang melanda.
"Ayah ada kami. Kami akan sentiasa menyokong dan menyayangimu. Kamu seorang yang baik, penyayang, dan figura seorang bapa yang hebat. Saya peminat terbesar kepadamu selamanya.
"Mungkin ada yang berkata buruk tentangmu, tetapi saya lebih mengenali kamu daripada mereka," tulisnya.
Luahan itu turut disertakan dengan gambar keluarga kecil mereka memperlihatkan betapa kasih sayang antara mereka kekal utuh walau apa pun yang berlaku.
Zira juga menzahirkan keyakinan bahawa segala yang terjadi adalah peringatan daripada ALLAH SWT, agar manusia tidak lalai dan sentiasa mengingati-NYA dalam setiap keadaan.
"Ayah, jangan risau, semuanya akan baik-baik saja. Anggaplah ini sebagai peringatan bahawa ALLAH mahu kita sentiasa mengingati-NYA, sama ada dalam kesenangan atau kesusahan," luahnya.
Sebelum ini, Nabil bersama dua lagi rakan penyampai, Radin dan Pak Azad, didakwa mempersendakan upacara agama Hindu sehingga mencetuskan kemarahan masyarakat India.
Susulan itu, ketiga-tiga mereka telah digantung tugas sementara siasatan lanjut dijalankan oleh pihak berkuasa.
Dalam perkembangan lain, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengeluarkan Notis Niat Penggantungan Lesen kepada Astro Audio, pengendali stesen radio Era FM, susulan penyebaran video kontroversi tersebut.
Pemegang lesen diberi tempoh 30 hari untuk memberikan maklum balas sebelum sebarang keputusan dibuat.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang