Ayda Jebat dikejarkan ke hospital, baru tahu hidap mild slipped disc. 'Tolong kongsi tips nak cepat baik...'

PENYANYI dan pelakon kesayangan ramai, Ayda Jebat berkongsi perkembangan terkini selepas dimasukkan ke hospital akibat masalah mild slipped disc.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di media sosial, Ayda atau nama sebenarnya Nurul Suhada Jebat memaklumkan bahawa dirinya kini sedang berehat dan menerima rawatan di wad.
"Assalamualaikum! Baru tahu ada mild slipped disc. Okey, saya rehat dulu daripada buat aktiviti lasak... janji! (Nurse dan staf dekat sini kalau boleh nak pagar bilik ni sebab pesakit asyik ‘kabur’ ke sana ke sini)," selorohnya dengan bersahaja.
Walaupun dalam keadaan kurang sihat, bintang yang popular dengan lagu Pencuri Hati itu tetap tersentuh dengan keprihatinan peminat dan kenalan yang tidak henti-henti bertanya khabar serta menitipkan doa buatnya.
"Terima kasih semua yang mendoakan, yang DM, WhatsApp tanya khabar. Tak sangka ramai sayang! Saya akan ingat sampai bila-bila. Sayang korang," tulisnya penuh rasa syukur.
Dalam perkongsian sama, isteri kepada Nabil Mahir itu turut meminta nasihat daripada mereka yang pernah mengalami masalah posterior disc agar dapat pulih dengan lebih cepat.
"Teruskan doa biar cepat sihat! Buat yang pernah ada posterior disc, share tips nak cepat baik please... Salam Ramadan juga buat semua," tambahnya.
Di ruangan komen, peminat serta rakan-rakan artis membanjiri dengan ucapan semangat dan doa agar pelantun lagu Pencuri Hati itu segera sembuh dan kembali aktif seperti biasa.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang