Makin susut, Ardell Aryana terima drip air undang sayu, Nadzmi terus beri sokongan. 'Semangat awak memang luar biasa'
PENGLIBATAN pelakon Ardell Aryana dalam misi Global Sumud Flotilla terus mendapat sokongan daripada pelbagai pihak khususnya pada peminat.
Hampir sebulan ibu kepada dua cahaya mata itu meninggalkan tanah air demi misi kemanusiaan, hantaran terbaharu suami Ardell, Nadzmi Adhwa mengejutkan ramai.
Sekeping foto yang dikirim rakan aktivis, Iylia Balqis Shhaimi memaparkan pemilik nama Nurul Hidayah Mohd Amin, 35, itu sedang menerima rawatan titisan cecair melalui intravena (IV drip) dikongsikan Nadzmi mengundang sebak.
"Saya baru tahu awak kena drip air rupanya. Tak beritahu kami sebab tak mahu susahkan hati kami di sini.
"Kuat bertahan ya. Sudah kurus awak. Saya mendapat tahu hal ini daripada Iylia tadi.
"Kami tidak dapat berhubung selama dua hari, namun hari ini akhirnya berjaya, Alhamdulillah!
"Ujian hebat tapi semangat juang awak memang luar biasa. Moga ALLAH berikan kekuatan untuk awak dan semua team Global Sumud Flotilla terus mengharungi semua dugaan serta cabaran ini.
"Insya-ALLAH kami di sini sentiasa mendoakan kalian semua yang di sana. Semoga ALLAH reda dengan usaha semua ! Free Free P4lestin!" titip Nadzmi.

Warganet terus memberikan kata-kata semangat buat Ardell dan seluruh 34 delegasi Malaysia selamat dan berjaya menjalankan misi yang dirancang.
"Patutlah tiada siaran langsung daripada Ardell. Semoga Ardell cepat sembuh dan sentiasa dipelihara daripada segala musibah. Semoga perjuangannya bersama pasukan berjalan lancar dan dilindungi ALLAH."
"Moga Ardell terus kuat dan sihat."
"Semoga ALLAH jaga kesihatan Ardell dengan baik danselamat semuanya sehingga selesai."
Dalam perkembangan berkaitan, misi bantuan kemanusiaan itu kini dilaporkan telah merentas perairan Greece dan semakin hampir memasuki zon kuning, kira-kira 300 batu nautika dari pantai Gaza.
Terdahulu 1sr4el dalam satu kenyataan menegaskan tidak akan membenarkan sebarang flotila memecahkan sekatan laut ke atas G4z4.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar 1sr4el menyifatkan G4z4 sebagai 'zon pertempuran aktif' dan menuduh kumpulan H4m4s mengatur flotila berkenaan demi kepentingan politik mereka.
1sr4el bagaimanapun memaklumkan pihaknya bersedia membenarkan kapal-kapal tersebut berlabuh di Pelabuhan Ashkelon, yang mana bantuan boleh dipunggah dan dihantar ke Gaza melalui saluran yang diselaraskan.
#ZiziKirana #yusufbahrin #suamiisteri #MisiKemanusiaan #sinarplus #lifestylesinarharian
Muzik: Moments Together (SoundStripe)
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
