'Selamat belayar ke G4z4, hadiah terindah adalah kepulanganmu' - Ucapan sayu Nadzmi Adhwa buat Ardell Aryana sempena ulang tahun keenam

No Image Caption
A
A
A

"UNTUK hari istimewa ini, hadiahkanlah kami dengan kepulanganmu nanti, ya."

Itulah bait ucapan penuh emosi yang dikongsikan pelakon Nadzmi Adhwa kepada isterinya, Ardell Aryana, sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang keenam.

Bakal menempuhi perjalanan yang getir menuju ke G4z4, Nadzmi, 32, turut menitipkan ucapan  romantis  dan mendoakan keselamatan buat isterinya yang kini sedang dalam misi kemanusiaan ke G4z4 hingga mengundang sebak dalam kalangan peminat.

"Semoga selamat dalam pelayaran awak dan pasukan ke G4z4 hari ini. Anak-anak seolah-olah faham awak hendak ke sana. 

"Terima kasih lahirkan dua  cahaya mata yang comel ini untuk saya. Selamat ulang tahun perkahwinan yang keenam buat isteri, sahabat , teman gaduh , pejuang kemanusiaan dan bidadariku @ardellaryana.

"Semoga ALLAH reda dengan kita dan semoga ALLAH melindungi perjalanan awak dan seluruh team ke sana. Selamat berjuang! Kami tunggu awak balik!

"Awak sudah dilautan komen kalau awak dapat baca ni ya @ardellaryana," titipnya.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Hantaran berkenaan dibalas Ardell yang menambahkan kepiluan.

"Ada talian cuma tidak kuat. Alhamdulillah. Insya-ALLAH, aamiin.

"Tidak berjanji apa-apa tetapi akan berusaha sekuatnya untuk pulang setelah semua misi kemanusiaan ini selesai.

"Salam peluk untuk anak-anak soleh dan solehah untuk saya, ya. Selamat ulang tahun perkahwinan!" coret Ardell.

Hantaran berkenaan mengundang sebak dalam kalangan peminat, yang rata-rata mendoakan agar perjalanan pelakon berusia 35 tahun itu dan pasukannya selamat hingga misi selesai dan pulang ke Malaysia.

No Image Caption

"Aduhai, saya menangis. Selamat ulang tahun perkahwinan Nadzmi dan Ardell. Semoga perkahwinan kalian kekal hingga ke syurga. Buat Ardell, semoga selamat tiba di bumi G4z4 dan selamat pulang ke pangkuan anak-anak, suami, keluarga serta kami, rakyat Malaysia. Semoga ALLAH menjaga Ardell dan pasukan Sumud Nusantara serta sentiasa melindungi kalian," kongsi Zarin Nurlieya.

"Ardell, wanita kecil yang besar jiwanya. Insya-ALLAH, ALLAH ada untuk memeluk dan menguatkan dia. Reda dan doa yang dilangitkan oleh suami dan anak-anak juga, insya-ALLAH akan dipermudahkan oleh-NYA. Selamat ulang tahun perkahwinan. Semoga  dikurniakan syurga tertinggi buat kamu dan keluarga tercinta," titip scrtvnrlivin.

Sekadar info, Ardell antara 15 aktivis kemanusiaan dari Malaysia terlibat dalam Misi Global Sumud Flotilla yang digerakkan bersama tujuh buah negara termasuk Indonesia, Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka, Filipina dan Maldives.

Nadzmi dan Ardell melangsungkan perkahwinan pada 1 September 2019. Hasil perkongsian hidup, Nadzmi dan Ardell dikurniakan dua cahaya mata.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang