Memang legend! Siti Nurhaliza dalam buku teks sekolah Filipina, ikon Malaysia jadi rujukan negara jiran
PENYANYI tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza terus mengukir pencapaian yang membanggakan. Kali ini, khabarnya Biduanita Negara dimuatkan sebagai bahan di dalam buku teks negara jiran Filipina.
Menerusi sebuah video di laman sosial TikTok Siti, seorang warganet dipercayai dari Filipina meninggalkan komen mengatakan penyanyi berusia 46 tahun itu muncul dalam naskhah kurikulum persekolahan pada Gred 9.
"Adakah awak orangnya yang ada dalam buku teks Gred 9 di Filipina?
"Pernah nampak awak semasa saya masih pelajar. Saya ada buku subjek Bahasa Filipina dan ada satu halaman yang menceritakan tentang awak," komen pemilik akaun Chocoberry.
Siti kemudiannya membalas komen itu dengan emoji hati berona merah.
Artikel berkaitan:
- 'Saya budak Lipis, berbaju merah, pertama kali muncul di TV.' Siti Nurhaliza imbas kenangan jatuh bangun bikin warganet sebak
Tahniah! Siti Nurhaliza kini Biduanita Negara, selepas hampir 3 dekad bekerja keras
Dalam masa yang sama, seorang individu lain memuat naik imej muka surat buku berkenaan, yang secara tidak langsung membuktikan bahawa kejayaan Siti Nurhaliza sememangnya tercatat dalam buku teks pendidikan di Filipina.

Difahamkan, halaman buku teks itu berkongsi tajuk Siti Nurhaliza: Suara Emas dan Hati Asia yang mengisahkan perjalanan beliau daripada latar belakang sederhana sehingga menjadi salah satu tokoh paling berpengaruh di Malaysia.
Menjenguk ke ruangan komen, kebanyakan netizen kelihatan teruja apabila mengetahui anak kelahiran Kuala Lipis itu tercatat dalam buku teks di sebuah negara asing.
Mereka tidak ketinggalan meluahkan rasa bangga, menganggap pengiktirafan itu sebagai penghormatan yang amat bermakna buat Siti Nurhaliza. Ujar mereka:
"Wah, this is our Biduanita Negara," titip Cahaya.
"Penyanyi kesayangan kami dalam buku teks subjek kamu (Filipina) betul ke.! Menyala," kongsi Kumang Menoa.
"She's our living legend," tulis Mengkabumi.
Sumber: TikTok
Demikian perkongsian Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengenai karakter anak-anaknya ketika ditemui SinarPlus dalam majlis Rumah Terbuka Yayasan Nurjiwa dan CTDK Holdings baru-baru ini.
Mesra disapa Tokti, beliau turut mendedahkan cukup aktif dalam sukan ketika zaman persekolahannya.
Justeru, suri hati Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa mahukan anak-anaknya lasak sepertinya.
Pun begitu, pelantun lagu Aku Bidadari Syurgamu enggan terlalu memaksa memandangkan mereka masih kecil.
Selain itu, beliau turut mendedahkan kenapa memilih untuk menghantar Afwa ke sekolah walaupun masih kecil. Nak tahu jawapannya, tonton video ini
#sitinurhaliza #biduanitanegara #aafiyah #afwa #cahayamata #SinarPlus #lifestylesinarharian">
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
