'Mereka akan sokong jika ada sedikit sifat kemanusiaan...' - Rashidi Ishak minta hormati keputusan selebriti tentang isu G4z4
SEJAK beberapa hari lalu, warga maya mula menggesa beberapa selebriti terkenal untuk bersuara mengenai Misi Global Sumud Flotilla, pelayaran membawa bantuan kemanusiaan ke G4z4, P4lestin.
Gesaan itu dibuat atas saranan salah seorang aktivis Sumud Flotilla yang juga penyanyi Zizi Kirana, meminta warga maya mengajak artis serta influencer tanah air sama-sama memainkan peranan menyebarkan kesedaran mengenai misi tersebut.
Bagaimanapun pelakon berpengalaman, Rashidi Ishak, berpendapat gesaan sebegitu tidak perlu dibuat kerana ia sebenarnya berbalik pada sifat kemanusiaan dalam diri seseorang individu tersebut.
"Kepada semua. Anda tidak perlu tagih selebriti terkenal bersuara isu G4z4. Jika mahu, mereka akan lakukan itu.
"Mereka akan sokong G4z4 jika ada sedikit sifat kemanusiaan dalam diri,” ujarnya menerusi hantaran di platform Threads.

Tambah Rashidi, sekiranya ada selebriti memilih untuk tidak mengeluarkan kenyataan, orang ramai harus menghormati keputusan tersebut.
“Jika tidak, biarkan mereka. Kita harus kekal beradab dan menghormati satu sama lain,” tulisnya lagi.
Sebelum ini, beberapa netizen menyeru agar selebriti tempatan tidak berdiam diri mengenai konflik di P4lestin, termasuk dengan menyebarkan maklumat berkenaan inisiatif kemanusiaan seperti yang dijalankan Flotila Sumud Global.
Bapa kedua dua anak itu antara selebriti yang kerap bersuara mengenai P4lestin termasuk Misi Global Sumud Flotilla.
Misi tersebut membawa bantuan kemanusiaan kepada rakyat P4lestin yang kini berdepan serangan berterusan rejim Israel.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

