Zizi Kirana gesa selebriti bangun bersuara, semarakkan Misi Global Sumud Flotilla- 'Luluh jiwa pahlawan bila mak menangis'
PENYANYI Zizi Kirana menggunakan platform media sosial untuk mengajak rakan artis serta influencer tanah air sama-sama memainkan peranan menyebarkan kesedaran mengenai Misi Global Sumud Flotilla, pelayaran membawa bantuan kemanusiaan ke G4Z4, P4lestin.
Menerusi siaran langsung di TikTok baru-baru ini, Zizi menitipkan tugasan ringkas kepada para pengikutnya iaitu untuk ‘mengetuk’ selebriti Malaysia agar terus bercakap mengenai misi tersebut di media sosial masing-masing.
“Siapa yang menonton live saya, saya ada bagi tugasan. Spam banyak-banyak kepada artis atau influencer yang anda suka, kongsikan tentang misi ini dan ajak mereka untuk buat awareness. Biar semua tahu bahawa misi kemanusiaan ini adalah misi kita bersama,” katanya.
Selain berkongsi tentang pentingnya solidariti masyarakat, isteri kepada pelakon Yusuf Bahrin itu turut berkongsi perkembangan sepanjang menyertai pelayaran tersebut.

Menurut Zizi, kapten kapal telah mengarahkan pasukan mengikuti waktu Universal Time kerana kedudukan mereka yang sering berubah mengikut zon masa.
“Untuk waktu solat, saya akan tanya kapten. Tadi pula kami buat latihan ‘Man Overboard’, belajar cara-cara mengendalikan enjin kapal dan langkah seterusnya kalau ada kecemasan. Alhamdulillah, latihan berjalan lancar atas teamwork yang sangat masya-ALLAH,” jelasnya.
Dalam perkongsian sama, Zizi mengakui jarang membuat panggilan video dengan keluarga kerana tidak mahu mereka bersedih.
“Setiap kali VC (video call), mereka menangis. Saya pula memang tidak boleh tahan kalau mak saya menangis, luluh terus jiwa pahlawan saya. Tetapi Alhamdulillah, ALLAH jaga kami semua di sini. Saya masih ada keluarga, berbeza dengan ramai di G4z4 yang sudah kehilangan orang tersayang,” luahnya.
Zizi turut menyeru orang ramai agar tidak berhenti berdoa dan terus menyebarkan maklumat tentang misi berkenaan demi rakyat P4lestin.
“Kita kena sama-sama kuat demi saudara kita di P4lestin. Insya-ALLAH,” tambahnya.
Menurutnya lagi, pasukan dari Itali dan Tunisia dijangka bergabung dalam tempoh 48 hingga 72 jam sebelum disertai kapal dari Greece. Perjalanan ke Gaza pula dijangka mengambil masa antara 10 hingga 14 hari.
Misi Global Sumud Flotilla ini membawa bantuan kemanusiaan kepada rakyat P4lestin yang kini berdepan serangan berterusan rejim Israel.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

