'Mini love untuk Amira Othman...' Fattah Amin tampil sedondon beraya di Johor curi perhatian
WALAUPUN jauh dimata pada hari pertama Syawal kerana beraya bersama keluarga di negeri berbeza, namun ternyata mereka selalu dekat di hati masing-masing apabila tetap tampil sedondon seolah-olah memberi isyarat bahawa hubungan yang terjalin bukan lagi sekadar kebetulan.
Siapa lagi kalau bukan pasangan sejoli Fattah Amin dan Amira Othman yang memilih untuk menggayakan busana sedondon berona biru, melengkapkan penampilan mereka di Aidilfitri.
Sebelum ini, ketika ditemui SinarPlus, Fattah Amin pernah memaklumkan bahawa beliau akan mengenakan baju Melayu cekak musang berona biru. Namun, siapa sangka warna yang dipilihnya itu turut seiring dengan pelantun lagu "Bila Nak Kahwin?" itu.
Dalam hantaran terbaharu, adik kepada bekas pelajar Akademi Fantasia, Irfan Haris, berkongsi video yang menunjukkan Fattah Amin hadir berhari raya di Johor, kampung halaman Amira sambil mengenakan baju sedondon berwarna kelabu dengan ahli keluarga penyanyi itu.
Lebih mencuri tumpuan apabila pasangan ini turut merakamkan momen manis dalam video TikTok velocity challenge.
Apa yang membuatkan challenge ini berbeza daripada yang lain adalah kehadiran 'mini love' yang diberikan antara mereka berdua menambahkan kemanisan video berkenaan sekali gus memikat hati ramai.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak berganjak ke video lain kerana begitu tekun menonton video berkenaan berulang-ulang.
"Dah berapa jam kat video ni.
"Ramainya yang berkampung kat sini, belum jumpa jalan keluar lagi ni," komen netizen.
Bukan itu sahaja, kehadiran bintang drama Keluarga Itu ke Johor turut disahkan peminat apabila mereka terlihat kelibat Fattah dan keluarga di salah sebuah pusat beli-belah terkenal di negeri tersebut.
"Wah abang long datang Johor Bahru? Sebab ada orang nampak Fattah dan keluarga kat Mid Valley Southkey," komen Nie Has.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
