'Next to our house, jadi depan mata...' Sharifah Shahirah kongsi kejadian tanah runtuh
HUJAN lebat yang melanda ibu negara pagi menyebabkan banjir kilat dan tanah runtuh.
Penyampai radio Sharifah Shahirah tidak terkecuali berkongsi perkembangan bencana berkenaan.
Selebriti versatil itu sempat memuat naik hantaran berkenaan kejadian tanah runtuh berlaku di Jalan E6, Taman Melawati, Ampang.
Penyampai Sinar FM Situ berkongsi kejadian sama yang berlaku di kawasan kediamannya.
"Next to our house Taman Melawati.
"Semoga dipermudahkan urusan. Anak-anak kawan kita duduk situ. Jadi depan mata kawan anak kita tadi ni.
Pukul 9.40 pagi kita hantar anak pergi kolej lalu situ tadi," kongsi selebriti mesra disapa Shiera itu.
Terdahulu, beberapa jalan utama menuju ke pusat bandar terhalang susulan dilanda banjir kilat pada pagi Selasa.
Menerusi video yang tular, kejadian menunjukkan runtuhan tanah berlaku berhampiran kawasan perumahan. Beberapa pokok tumbang di sekitar rumah dan kenderaan penduduk akibat aliran air deras dari bukit.
Beberapa penduduk turut memuat naik video insiden itu di media sosial memaparkan kerosakan yang berlaku.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang