Nora Ariffin nekad fail cerai, dedah ada bukti kukuh! 'Nak pujuk, tunggu 6 Mei...,' 

No Image Caption
A
A
A

TIADA lagi yang diharapkan oleh penyanyi bersuara lunak, Datuk Nora Ariffin selain mahu kemelut rumah tangga bersama suaminya, Dr. Rushdi Ramli menemui titik noktah.

Selepas melalui pelbagai fasa perbincangan dan mendapatkan pandangan daripada ahli keluarga, anak-anak serta individu yang arif dalam hal agama, Nora akhirnya tekad memilih jalan untuk berpisah demi kebaikan semua pihak.

Nora atau nama sebenarnya, Wan Norafizah Ariffin mengakui keputusan yang diambil bukanlah bersandarkan emosi semata-mata, sebaliknya berdasarkan pertimbangan yang matang serta bukti kukuh yang tidak mampu disangkal.

"Saya sendiri tidak membuat keputusan terburu-buru. Telah merujuk kepada agamawan dan individu berpengalaman dalam hal syariah sebelum menfailkan perceraian ini.

"Perkara ini juga telah saya kongsi dengan ahli keluarga serta anak-anak.

"Saya buat apa yang terbaik dan berdasarkan fakta serta bukti.

Penyanyi kelahiran Kota Bharu tersebut turut meluahkan, tiada wanita yang mengimpikan perkahwinan berakhir dengan perpisahan, apatah lagi dirinya pernah melalui detik kehilangan suami tercinta, Allahyarham Johan Nawawi pada tahun 2017 akibat serangan jantung.

"Secara jujurnya tiada sapa yang berkahwwin mahu bercerai. Saya pernah melalui episod kehilangan (merujuk kepada kematian suami terdahulu) dan kini diuji lagi.

"Tapi saya percaya ALLAH susun kehidupan saya dengan sebaik-baiknya.

Artikel Berkaitan:


Ketika ditanya mengenai reaksi atau sebarang usaha daripada pihak suami untuk memujuk atau menyelamatkan rumah tangga mereka, Nora memilih untuk mengunci mulut dan enggan mengulas lanjut.

No Image Caption



Beliau juga tidak dapat menjangka isi hati suaminya terhadap permohonannya untuk membawa haluan masing-masing.

"Saya tidak tahu apa ada dalam seseorang.

"Buat masa ini, saya hanya buat apa yang sepatutnya saya buat dan selebihnya saya berserah kepada ALLAH.

"Kalau nak dia nak pujuk, tungggu sahaja 6 Mei nanti," katanya.

Dalam nada penuh sebak, konflik rumah tangga yang berlarutan bukan sahaja memberi tekanan kepada emosi, malah turut menjejaskan keselamatan serta sumber rezeki Nora sebagai anak seni.

"Saya cari makan. Bayangkan jika dalam nasi kita, ada orang letak pasir.

"Kita bukan orang kaya, jadi saya kena buat sesuatu untuk melindungi diri dan kerjaya saya," ujarnya lagi.

No Image Caption



Terdahulu, Nora hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya sekitar jam 9.26 pagi tadi bagi memfailkan permohonan cerai.

Sebelum ini, pelantun lagu Naluri itu pernah mengejutkan ramai apabila memuat naik foto berada di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, dipercayai untuk memfailkan perceraian terhadap suaminya, selepas timbul desas-desus dirinya didesak pihak ketiga untuk berpisah.

Sementara itu, Dr. Rushdi juga pernah tampil memberi kenyataan yang menyebelahi pihak Nora, sambil mengakui turut menerima tekanan daripada individu lain supaya mengakhiri perkahwinan mereka.

Baru-baru ini, Nora sekali lagi menyuarakan hasrat untuk membawa haluan masing-masing selepas usaha mencari penyelesaian tidak menemui titik noktah.

Untuk rekod, Nora mengesahkan mengesahkan dirinya telah bernikah dengan Dr. Rushdi, yang juga merupakan Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya pada hujung tahun 2021.



Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang