‘Rumah ALLAH bukan milik kita.' Azhan Rani terkilan pakcik diusir ketika beriktikaf

TAK boleh nak bayangkan bila seorang warga emas macam ayah kita duduk di surau untuk beriktikaf, tapi tanpa belas kasihan dihalau keluar oleh individu tak bertanggungjawab.
Lagi sedih, alasan yang diberikan kononnya mahu jimat elektrik dan takut barang hilang! Sedangkan warga emas itu datang nak dekatkan diri kepada ALLAH.
Video detik menyedihkan itu tular di media sosial dan membuka mata ramai pihak termasuklah pelakon dan aktivis seni, Azhan Rani.
Menerusi satu hantaran penuh emosi di Instagram, Azhan meluahkan rasa kecewa, marah dan terkilan.

Bukan saja kerana pakcik itu diusir, tapi lebih menyayat hati kerana ada tangan yang sempat merakam dan memilih untuk menyebarkannya ke media sosial.
"Astaghfirullahalazim... dalam drama Nur pun ada babak macam ni tapi itu cerita. Ini realiti," tulis Azhan yang mengimbas wataknya dalam drama Nur sebagai watak ‘tok siak’ yang menghukum tanpa empati.

“Hari ni tertengok satu video seorang pakcik yang sedang beriktikaf dalam sebuah surau dihalau keluar sambil direkod dengan phone dan diupload kat socmed... Astaghfirullahalazim.” – @azhan_rani
Mengimbas kembali wataknya dalam drama tersebut, Azhan berkongsi pengalaman membawa watak ‘setan bertopeng manusia’ yang turut memaparkan sisi gelap manusia di sebalik wajah suci.
“Takpelah aku betulkan nawaitu, biar orang benci dengan harapan orang kenal golongan macam ni dan jadikan sempadan dalam hidup di dunia realiti,” tambahnya.

Posting tersebut menerima reaksi hangat daripada warga maya yang turut berkongsi kisah dan luahan hati mereka.
“Kadang realiti lebih pahit daripada drama. Semoga kita semua ambil iktibar dan ALLAH lembutkan hati kita supaya tak mudah menilai orang lain.” – @intanzarinaaaa
“Pelik manusia hari ni lebih fikir bagaimana nak jimat itu ini. Buat masjid besar-besar lepas tu kunci.. Lebih risau fikir tentang binaan daripada fikir nak ajak orang datang ke masjid.” – @rara_secrets

Malah, ada yang turut terkenang pengalaman sendiri…
“Pernah melalui rasa kena halau dari masjid. Tahun 2017 di Masjid Karamunting, Sandakan.” – @fatehaiman
“Aku pernah lari dari rumah pergi surau malam-malam sebab bergaduh dengan ex husband. Alhamdulillah aku terus tabah melangkah dah bahagia membesarkan anak aku.” – @dadaawaken
Lebih memilukan apabila rumah ALLAH yang sepatutnya terbuka untuk semua, dilihat semakin eksklusif.
“Surau yang jadi tempat persinggahan dan kemudahan orang ramai jadi macam milik peribadi.. ada pagar setinggi alam.” – @bunga.hati_official
Dalam pada itu, ramai yang mendoakan agar kejadian tersebut menjadi pengajaran buat semua.
“Saya haraplah si fulan tu sedar diri dan malu atas perbuatan dia...kalau tu abah saya, saya pun marah.” – @dadaawaken
“Mungkin pakcik tu pernah menderma ikhlas ke surau tu. Duit itu jugalah digunakan untuk kebaikan tempat tu.” – @syuhadanoor
Bukan itu saja, rata-rata netizen memuji Azhan Rani yang bukan hanya menyentuh hati ramai dengan lakonannya, tapi juga dengan keprihatinan yang dibawanya ke luar set.

Benar kata netizen:
“Siapa sangka seorang @azhan_rani bila dia bercakap, dia mendidik.” – @nitaaaziz
Terdahulu, Sinar Harian melaporkan kejadian seorang warga emas didakwa dihalau oleh seorang wanita ketika beriktikaf di sebuah surau di Bandar Rimbayu, Selangor, baru-baru ini.
Lebih menyentuh hati, warga emas tersebut difahamkan hanya duduk sebentar membaca al-Quran sementara menanti masuk waktu solat Dhuha.

Penjelasan itu dibuat sendiri oleh anaknya, pendakwah dan personaliti televisyen, PU Azhar Hilmi selepas video kejadian yang menimpa bapanya tular di media sosial.
PU Azhar Hilmi memaklumkan bahawa tindakan tersebut tidak boleh diterima, memandangkan bapanya tidak mengganggu jemaah lain dan tidak tidur di surau berkenaan.
Semoga rumah ALLAH kembali menjadi ruang teduh untuk semua tanpa syarat tanpa sangsi.
Jangan kerana kita, orang menjauh dari tempat yang sepatutnya paling mendekatkan dengan Ilahi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang