'Saya masih boleh bertahan..' -Diuji masalah kesihatan, Ardell Aryana buktikan semangat luar biasa, tetap sertai Misi Sumud Flotilla
PELAKON dan aktivis Ardell Aryana sekali lagi mencuri perhatian bukan kerana glamornya tetapi semangat luar biasa yang dipamerkan sepanjang Misi Sumud Flotilla (MSF).
Menerusi perkongsian Musa Nuwayri, salah seorang peserta misi menceritakan ada yang meragui kemampuan ibu dua orang cahaya mata itu.
“Dia menjadi antara sosok yang paling mencuri tumpuan dalam misi kali ini.
“Ada yang meremehkan. Katanya Kak Ardell lemah, tidak layak sertai misi ini kerana tak cukup fit,” kongsi Musa.
Namun hakikatnya, Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin, 35, tidak pernah patah semangat biarpun diuji dengan masalah kesihatan dalam perjalanan ke G4z4, P4lestin.
“Sedangkan dia sangat kuat. Bahkan masa diuji dengan demam, dia masih berusaha untuk jalankan tugasannya di atas kapal.
“Malah ketika doktor menyarankan agar dia pulang, berkali-kali dia hubungi saya dan sebut: ‘Saya masih boleh bertahan, saya nak teruskan sampai ke bumi G.’” kongsi lelaki itu lagi.
Ternyata semangat isteri kepada aktor Nazmi Adhwa itu kuat kerana Ardell kembali ke botnya selepas beberapa hari berehat di bot lain.
Ardell kembali ke bot asalnya dengan semangat yang membara, menguatkan lagi aura positif dalam kalangan rakan misi.
Musa turut menegur mereka yang gemar menghina atau mengecam dari jauh, “Masih setia di hadapan telefon bimbit, tanpa memberi sebarang manfaat buat ummah.”
Sementara itu, seorang doktor yang turut menyertai misi ini turut berkongsi rasa bangga dengan semangat yang ditunjukkan oleh Ardell.

Cerita doktor bernama Osman Çetinkaya, beliau dikejutkan oleh rakannya yang juga Musa pada jam 6 pagi dan dimaklumkan mengenai seorang wanita Malaysia yang tidak sihat.
"Saya keluar ke botnya untuk membuat pemeriksaan ringkas. Dia mengalami demam yang tinggi tetapi mulai menunjukkan tanda-tanda pulih.
"Namun, saya terkejut melihat dia begitu kecil, tetapi mempunyai semangat dan keberanian yang besar," cerita Osman.
Tambah lelaki itu yang kini turut popular dalam kalangan warga maya, beliau bersyukur kerana Ardell telah pulih dan menyertai aktivis yang lain dalam perjalanan ke G4z4.
"Insya-ALLAH, saya akan bertemu dengan anda tidak lama lagi di G4z4! Jaga diri," titipnya buat Ardell.
Misi GSF menghimpunkan gabungan antarabangsa dari Eropah, Asia, Afrika, Amerika Latin dan Timur Tengah, dengan semua delegasi menekankan prinsip tanpa keganasan serta peranan kapal sebagai simbol solidariti masyarakat dunia terhadap krisis melanda G4z4.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
