Sibuk honeymoon dan shooting, solat tetap on – Tour guide dedah sisi Fattah & Amira yang ramai tak tahu
PASANGAN selebriti, Fattah Amin dan Amira Othman kini berada di luar negara atas urusan kerja dan bulan madu.
Dalam rangka penggambaran di Switzerland dan kini United Kingdom, kesibukan mereka menjelajah destinasi menarik, ada satu perkara yang tetap dijaga iaitu solat lima waktu.
Sisi sebenar pasangan yang dijoloki dengan panggilan FattMira itu didedahkan oleh seorang tour guide yang memuji sikap mereka yang tetap mengutamakan ibadah meskipun dalam terikat dengan jadual padat serta lokasi yang tidak menyediakan surau.
Menerusi sebuah video pendek, suami isteri yang disatukan pada 14 September lalu itu menunaikan solat di sebuah ruangan dipercayai restoran.
Amira mengambil giliran bersembahyang sementara Fattah pula sedang menyarungkan kasut dipercayai baharu selesai bersolat.

"Fattah Amin dan Amira Othman, cinta sampai ke syurga, insya-ALLAH.
"Pengajaran untuk kita yang travel, walau di mana pun berada tiada alasan untuk tinggalkan solat. Terima kasih FA dan AO," titipnya.
Sifat mereka yang menjaga solat sepanjang tempoh lawatan itu ternyata menyentuh hati ramai netizen.
Malah warganet juga mendakwa tindakan pasangan itu tidak berpegangan tangan adalah untuk mempertahankan solat.
Artikel berkaitan:

"Masya-ALLAH, saya pun segan tengok mereka. Patutlah ramai kawan Amira cakap dia tak pernah tinggal solat."
"Alhamdulillah. Orang baik-baik ni mereka tak perlu tunjuk tapi orang sekeliling yang seronok nak kongsi kebaikan mereka. Fattah dan Amira memang tunjukkan teladan yang baik. Menjaga solat walau di mana berada. Paling suka Amira sentiasa menjaga pakaiannya."
"Moga menjadi contoh, sebagai umat Islam di mana pun berada solat tidak boleh ditangguh walaupun bermusafir."
"Fattah pun jaga wuduk Amira. Risau betul dia kalau Aca dekat dengan Amira, mesti ingatkan Aca isterinya ada wuduk"
Fattah dan Amira terdahulu memadu kasih di Zurich, Switzerland sebelum berlepas ke London.
Pada 14 September lalu yang juga bersempena sambutan ulang tahun Fattah ke-35, pasangan ini sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz.
Keduanya dinikahkan oleh jurunikah, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Sekadar info, Fattah dan Amira berkenalan dan rapat sejak Januari lalu selepas masing-masing bekerjasama dalam muzik video lagu Bila Nak Kahwin nyanyian Amira.
Sumber: TikTok
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
