Tahniah! Penyanyi Fahimi Rahmat selamat bergelar suami

No Image Caption
A
A
A

TAHNIAH buat penyanyi dan komposer, Fahimi Rahmat yang selamat melangsungkan perkahwinan dengan wanita pilihan hatinya, Bella Hamka.

Dengan sekali lafaz, pelantun lagu Angau dan Kopi Matcha itu sah bergelar suami kepada Bella yang juga adik kepada penyanyi Mal Hamka.

Pasangan itu difahamkan disatukan dalam satu majlis yang dihadiri oleh keluarga terdekat kedua belah pihak pada Sabtu.

No Image Caption

Menerusi TikTok Mekar Wedding, Fahimi, 27, dan pasangan elegan meggayakan persalinan busana pengantin tiffany blue untuk majlis resepsi.

Bagaimanapun, setakat ini tiada kenyataan rasmi daripada Fahimi tentang perkahwinannya.

Sekadar info, Fahimi merupakan pasangan kembar seiras kepada penyanyi dan komposer Firdaus Rahmat.

Mula menceburi bidang nyanyian pada tahun 2015. Fahimi mula dikenali sebagai ahli kumpulan nasyid moden The 4aith. Dia bergerak secara solo sejak tahun 2019.

Artikel Berkaitan:

Setakat ini, lagu popular Kopi Matcha nyanyiannya duet bersama NAZU meraih 3.3 juta tontonan di YouTube.

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang