Tak sangka petanda jadi kenyataan, Ramlah Ram reda pemergian ibu. 'Emak ada bagi hint kata hendak pergi'

No Image Caption
A
A
A

PENYANYI veteran, Ramlah Ram, tidak menjangka kehilangan ibunda tercinta selepas kata-kata wanita itu seolah-olah memberi bayangan akan pergi buat selama-lamanya.

Menurut Ramlah,  ibunya,  Allahyarham Ne Madon, 84, sebelum ini ada menyuarakan hasrat seakan ‘memberi hint’ bahawa dia akan pergi, namun tidak disangka ia berlaku dalam tempoh yang begitu singkat.

“Biasanya arwah sudah bangun awal pagi. Namun, ketika abang cuba mengejutkan emak untuk bersarapan, kami dapati emak sudah tiada,” katanya dengan nada sebak.

Ramlah menjelaskan arwah ibunya menghidap penyakit yang lazim dialami warga emas, namun berada dalam keadaan terkawal sepanjang rawatan.

No Image Caption

Ketika kejadian berlaku, Ramlah berada di Kuala Lumpur. Mujur tidak mempunyai sebarang undangan persembahan ketika itu, sekali gus memudahkan wanita berusia 60 tahun itu untuk segera bergegas pulang ke rumah abang di Melaka sebaik menerima berita pemergian ibunya.

Ramlah bagaimanapun reda dengan ketentuan Ilahi dan menganggap pemergian ibunya sebagai satu kehilangan besar yang akan sentiasa dikenang.

Difahamkan, jenazah Allahyarham Ne selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Ayer Tawar, Merlimau, Melaka, selepas solat Zohor, Ahad lalu.

Artikel Berkaitan:

Sumber: Berita Harian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang