'Tiga jari cucu melekat.' Rosyam Nor dedah doktor cuai rawat cucu terkena air panas hingga cacat

PELAKON senior, penerbit dan pengacara Datuk Rosyam Nor berkongsi luahan rasa tidak puas hati berkaitan rawatan diterima cucunya yang dakwanya mengakibatkan kecacatan.
Menerusi perkongsian audio siar Hitam Putih di TikTok Suhan Channel Official, Rosyam mendakwa doktor di sebuah pusat perubatan swasta cuai dalam merawat cucunya.
"Cucu saya yang nombor dua, air panas tumpah mengakibatkan tiga jari terkena air panas dan dimasukkan ke hospital swasta.
"Doktor telah membalut jari cucu saya ketiga-tiganya sekali gus. Tiga kali pembedahan sehingga cucu saya kata 'saya tak nak mati.'
"Akhirnya apa yang jadi, jari cucu saya melekat ketiga-tiga (sekali gus) begini.
Yang kau pergi balut tu apa hal? Sekarang cucu aku dah cacat!" tutur Rosyam.
Lebih menyedihkan, menurut pelakon berpengalaman itu lagi, perkara tersebut tidak hanya mengakibatkan kecacatan, malah memberi kesan kepada keyakinan diri apabila cucunya sering menyembunyikan tangan ketika berinteraksi.
Dalam pada itu, pemilik nama Mohamed Noor Shamsuddin tersebut juga bertanya, adakah dia boleh menyaman pihak terbabit walaupun perkara berkenaan sudah lama berlalu.

"Walaupun ia sudah lama, boleh saya nak samannya sekarang?" katanya.
Menurut pakar perunding yang diundang, Dr Muhammad Azrai Abu, Rosyam boleh mengambil tindakan undang-undang menyaman pihak terbabit jika tidak berpuas hati.
"Terpulang pada awak, kalau rasa tak puas hati teruskan buat aduan dan kemudian mereka akan membawa isu ini ke saluran yang seterusnya," kongsinya.
Menurut Rosyam lagi, bcucunya memiliki tulisan yang cantik walaupun alami kelainan upaya pada jari.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyokong dan menggesa pelakon drama Gila-Gila Remaja itu tidak mengabaikan isu tersebut dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap doktor berkenaan. Ujar mereka:
"Tak kelakar, kasihan kepada cucunya, memang lama dia pendam. Semoga ALLAH permudahkan segala urusannya dan jauhkan kita semua dari malapetaka aminn."
"Kenapa di balut. Sepatutnya tidak perlu balut, hanya letak ubat pada bahagian melecur."
"Kena air panas tak perlu balut kan."
"Kasihannya. Jangan tangguh lagi, teruskan."
"Marahnya seorang datuk, jangan main-main bab cucu ya. Benda sudah lama pun berbekas dalam hati dia."
Sumber: TikTok
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang