AI gantikan kasih sayang, kerjaya? Ini nasihat padu Aznil untuk ibu bapa – 'Takut anak-anak tak nangis bila kita pergi...'
PENGACARA dan ikon hiburan tanah air, Datuk Aznil Nawawi, baru-baru ini berkongsi pandangan beliau mengenai pengaruh kecerdasan buatan (AI) dalam kehidupan manusia, terutama bagi generasi muda, baik dalam hubungan kekeluargaan mahupun alam pekerjaan.
“Saya dah hidup zaman daripada tahun 90-an, saya bekerja, bertukar macam-macam teknologi daripada analog kepada digital, jadi saya ikut.
"Rugi kalau saya tak follow, mengaku kalah kepada teknologi,” kata Aznil dengan penuh penghayatan.
Namun, di sebalik kemajuan teknologi yang pantas, beliau menekankan satu perkara penting iaitu AI tidak mempunyai tatasusila dan emosi.
"Saya dah hidup zaman daripada tahun 90an, saya bekerja, bertukar macam-macam teknologi daripada analog kepada digital, jadi saya ikut.
"Rugi kalau saya tak tak follow, mengaku kalah kepada teknologi. Jadi, pada waktu yang sama ada benda yang kadang-kadang saya akan pantau. Contohnya, AI tak ada dasar atau tatasusila.
"Dia(AI) buat saja apa-apa jadi kita masuk ke benda tu, kita kena kawal, jadi, bersiap sedia lah. Saya sendiri tidak akan mengaku kalah," ungkapnya dengan nada tegas.
Pada masa sama, beliau yang kini sudah memasuki usia 64 tahun memberi peringatan yang cukup membimbangkan, terutama untuk ibu bapa.
“Kepada ibu bapa, saya selalu cakap, tolonglah bersama dengan anak-anak, takut nanti anak-anak beribubapakan AI.
"Keadaan itu mungkin akan berlaku, takut kalau ibu bapa meninggal anak-anak tak nangis, sebab mereka lebih attached dengan AI daripada ibu bapa," dedahnya lagi.
Mengambil alih pekerjaan
Mesra disapa Pak nil, empunya diri mengakui, AI mungkin akan mengambil alih banyak pekerjaan, termasuk pengacaraan, lakonan, dan penyampaian radio.
“Tengoklah, Filem Duyung pun sudah pakai AI, kan? Jadi adakah pelakon ni tidak diperlukan nanti?
"Adakah pengacara tidak diperlukan lagi? Adakah penyampai radio tidak diperlukan lagi?," ujar Pak Nil.
Bagi beliau, ini bukan alasan untuk takut atau mengelak daripada teknologi, tetapi peringatan agar manusia tidak melupakan nilai asas dalam hubungan manusiawi.

AI boleh memudahkan kerja, tetapi kehangatan, kasih sayang, dan hubungan emosi tetap hanya boleh diberikan oleh manusia.
Dalam konteks keluarga, Aznil menyeru ibu bapa agar lebih proaktif bersama anak-anak, bukan sekadar menyerahkan perkembangan mereka kepada teknologi.
Manakala dalam dunia pekerjaan, beliau mengingatkan agar generasi muda bersedia menghadapi perubahan dengan bijak, tanpa mengabaikan nilai asas integriti dan empati.
Kesedaran ini menjadikan pengalaman Aznil relevan bukan sahaja untuk mereka yang berada dalam industri hiburan, tetapi juga kepada masyarakat umum yang kini hidup bersama teknologi yang semakin mendominasi kehidupan seharian.
“AI ini sangat memberi peringatan kepada kita supaya jangan lupa yang asas dalam hubungan itu sangat penting,” ujarnya menutup perbualan dengan nada penuh teguran tetapi juga penuh harapan.
Teknologi boleh berubah, tetapi nilai kasih sayang dan hubungan manusia tidak boleh digantikan.
Itulah mesej utama yang Aznil ingin sampaikan kepada semua, terutama bagi generasi yang bakal memimpin masa depan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
