Chazynash buka mulut isu nafkah lepas cerai – 'Bukan nak burukkan bekas isteri, ni first & last saya bersuara'
SELEPAS namanya terus menjadi sasaran kecaman di media sosial, personaliti media sosial Chazynash tampil menjelaskan kedudukan sebenar berhubung dakwaan kononnya dia gagal menunaikan tanggungjawab sebagai bapa selepas berpisah dengan bekas isterinya, Fatin Morat.
Menerusi satu hantaran panjang di Instagram, anak kelahiran Perlis itu mendedahkan, keputusannya bersuara dibuat selepas lama memilih untuk berdiam diri, namun mendakwa sikap itu disalah tafsir sehingga mengundang pelbagai tohmahan terhadap dirinya.
"Dengan penuh rasa berat hati, izinkan saya bersuara pada hari ini untuk membershkan nama saya. Saya ingin jelaskan awal-awal, kenyataan ini bukan bertujuan memburukkan bekas isteri, tetapi kerana saya sudah terlalu lama memilih untuk berdiam diri.
"Malangnya, semakin saya diam, semakin menjadi jadi tohmahan yang dilemparkan terhadap saya daripada netizen semua, kononnya saya gagal menunaikan nafkah dan mengabaikan tanggungjawab.
"Ampa ka yang tolong bank-in duit nafkah tu? Ampa tau ka berapa jumlah saya bagi nafkah dan belanja untuk anak-anak setiap bulan? Kalau tak tau, maka hari ini saya jelaskan agar semuanya jelas dan biarlah orang ramai menilai dengan adil.
"Ini first and last saya akan bersuara, sebab saya tak suka drama dan tak ada masa nak layan netizen yang tak bijak," ungkapnya dengan nada tegas.

Dalam hantaran tersebut, bapa kepada tiga cahaya mata itu memberitahu, jumlah keseluruhan nafkah dan perbelanjaan anak-anak yang ditanggung setiap bulan adalah RM8,200.
"la merangkumi tempat tinggal, kereta, pendidikan, makan minum, barang dapur, insurans, internet, bil elektrik, bil air, water dispenser dan upah driver menghantar dan mengambil anak-anak ke sekolah.
"Makan tengah hari anak-anak pada setiap hari sekolah pun saya bayar orang untuk masak. Itu belum termasuk bil telefon bekas isteri yang masih saya bayarkan sehingga hari ini.
"Selain itu, saya juga telah memberikan duit mutaah sebanyak RM100k kepada bekas isteri sebagai hadiah, tanggungjawab dan ihsan," tulisnya.
Dalam hantaran sama, lelaki berusia 37 tahun itu turut menolak dakwaan kononnya bekas isterinya hidup dalam keadaan serba kekurangan, selain menegaskan segala keperluan anak-anak masih berada di bawah tanggungannya.
Sebagai rekod, Chazynash sebelum ini memaklumkan bahawa perkahwinannya dengan Fatin Morat berakhir pada 23 Januari tahun lalu.
Jelasnya, keputusan untuk berpisah dibuat secara bersama dan dia memilih untuk tampil bersuara kali ini hanya bagi menjernihkan keadaan selepas namanya terus dikaitkan dengan pelbagai dakwaan di media sosial.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
