Empat tahun menyulam cinta, pewaris jenama Zaitun selamat diijabkabulkan bersama pasangan
SAMA cantik sama padan. Selepas empat tahun menyulam cinta, akhirnya Nizam Datuk Seri Mohd Kamal Teh, 27, sah bergelar suami kepada Norizzati Muhamad Noor, 29.
Pewaris jenama Zaitun itu selamat diijabkabulkan pada 10 Oktober yang lalu dalam satu majlis pernikahan di Astana Bamboo Hills sebelum diraikan dalam satu majlis resepsi di Grand Hyatt Kuala Lumpur pada13 Oktober lalu.
Menerusi satu temu bual bersama SinarPlus baru-baru ini, Nizam menceritakan, mereka sebelum ini mengikat tali pertunangan pada 17 April lalu.
Sekadar makluman, Nizam kini menggalas tanggungjawab mengendalikan semula Zaitun Beauty Industry Sdn. Bhd. Majlis nikah berkonsepkan white minimalist itu berlangsung sederhana dengan kehadiran ahli keluarga dan teman rapat pasangan tersebut.
“Saya mengharapkan agar ikatan yang dibina kekal bahagia dan jika ada rezeki mahukan anak yang ramai kerana saya sendiri dibesarkan dalam keluarga yang besar.
“Saya menikmati zaman kanak-kanak kerana sentiasa ada adik- beradik di sisi. Jadi saya mahu anak-anak juga melalui zaman kecil yang bahagia dan meriah,” kata anak keempat daripada lima beradik itu.
Terkenal dengan tagline gunakan tanpa was-was, jenama Zaitun kembali mewarnai pasaran tempatan sejak dua tahun lalu. Sehingga kini, syarikat tersebut berjaya menembusi pasaran negara jiran di Singapura dan Brunei.
“Sejak Zaitun tutup pada 2003 dan sehinggalah hari ini, ramai yang memberi maklum balas untuk melihat kembali produk Zaitun di pasaran. “Dan kini kami mahu menakluk kembali pasaran di Malaysia dengan pelancaran produk ubat gigi terbaharu Zaitun,” ujarnya lagi.
Untuk rekod, jenama Zaitun dibangunkan oleh Datuk Seri Mohd Kamal Teh dan Datuk Seri Mutiara Haji Dr. Eusuff Teh.
Malah, nama Zaitun itu dipilih oleh datuk Nizam sendiri yang terinsipirasi daripada surah At-Tin.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang