'Ini cara kami kukuhkan rumah tangga.' Julia Farhana kongsi keterujaan, bakal tunai umrah bersama suami

No Image Caption
A
A
A

PELUANG menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah, apatah lagi bersama pasangan hidup—memang sukar digambarkan dengan kata-kata.

Bagi yang pernah, pasti tahu betapa tenangnya jiwa ketika berdiri di hadapan Kaabah.

Bagi yang belum, pastinya ia menjadi impian yang menunggu untuk direalisasikan. Itulah yang sedang dirasakan oleh pasangan serasi Dr. Che Hafiz dan isteri tercinta, Julia Farhana.

Khabarnya, mereka bakal menunaikan ibadah umrah buat pertama kali bersama-sama pada bulan Julai nanti.

No Image Caption



Wah, sweet couple goals betul! Pasangan yang sama cantik, sama padan ini berkongsi keterujaan mereka menanti detik suci itu.

“Alhamdulillah, saya sangat teruja dan tidak sabar untuk menunaikan ibadah umrah buat pertama kali, apatah lagi bersama suami tercinta," ujar Julia.

Dua tahun mendirikan rumah tangga, pasangan ini melihat ibadah umrah ini sebagai satu bentuk pengikat cinta dan penyucian jiwa.

Bukan sekadar ‘percutian rohani’, tetapi simbolik cinta, dalam momen paling suci.

“Ini adalah satu cara untuk memperbaiki dan memperkukuh lagi ikatan perkahwinan kami. Dua tahun bersama, dan inilah masa terbaik untuk kami ‘reset’, fokus dan serahkan segalanya kepada ALLAH SWT,” kongsi wamita itu lagi.

Bukan setakat bakal menjadi jemaah biasa, suami tercinta Julia ini juga membawa tanggungjawab besar sepanjang misi umrah ini.

Dr. Che Hafiz telah dilamar menjadi wajah utama bagi projek eksklusif Umrah Romantika oleh Al Khairi Travel & Tours Sdn. Bhd.

Sebagai seorang doktor bertauliah dengan lebih 10 tahun pengalaman dan pemilik Regalion Clinic di Kota Damansara, beliau akan menjadi doktor jemaah sepanjang ibadah umrah tersebut.

Apa yang menarik, pakej Umrah Romantika ini lengkap dengan kad perubatan, pemeriksaan kesihatan dan jadual mesra kesihatan.

Sesuai sangat untuk mereka yang risau tentang kesihatan ketika menunaikan ibadah. Inilah kali pertama dalam industri, pakej umrah digabungkan dengan sokongan kesihatan sebegini rupa.

"Ini adalah langkah pertama yang saya harap dapat memberi keyakinan kepada mereka yang rasa ragu-ragu untuk ke Tanah Suci disebabkan faktor kesihatan,” ujar Dr. Che Hafiz penuh semangat.

Apabila disoal tentang isu hangat agensi umrah yang menipu jemaah baru-baru ini, pasangan ini tenang sahaja.

Mereka yakin dengan kredibiliti Al Khairi Travel & Tours yang sah dan berdaftar.

Kata mereka, semuanya berjalan lancar dan profesional. Lebih daripada itu, apa yang mereka harapkan daripada perjalanan ini ialah satu: doa yang diangkat dan dimakbulkan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang