Khairul Aming ‘tumbang’ akibat selepas santuni 7,000 pelanggan Rembayung- 'Health is wealth, rehat dulu KA'

No Image Caption
A
A
A

KELETIHAN itu akhirnya menang. Selepas seharian berdiri, melayan dan bergambar bersama hampir 7,000 pelanggan, tubuh Khairul Aming memberi isyarat yang jelas, sudah tiba masanya untuk berehat seketika.

Personaliti media sosial dan pemilik restoran Rembayung itu berkongsi foto dirinya terlantar di sebuah bilik rawatan, sekali gus mengundang rasa bimbang dalam kalangan pengikut yang selama ini melihatnya sebagai figura yang sentiasa bertenaga dan tidak kenal erti penat.

Menerusi hantaran di Threads, Khairul menjelaskan dirinya mengalami dehidrasi akibat kekurangan air ketika menjalani jadual yang padat sepanjang hari.

“Lepas bergambar dengan 7,000 pelanggan, doktor suruh saya minum air banyak-banyak. Dehidrasi,” tulisnya.

No Image Caption

Walaupun insiden itu menimbulkan kerisauan, beliau yang mesra disapa KA menenangkan keadaan dengan memaklumkan bahawa dirinya berada dalam keadaan baik dan hanya perlu memberi ruang kepada tubuh untuk berehat.

“Secara keseluruhannya saya ok sahaja. Cuma kena ada rehat yang cukup.

"Jangan lupa minum air,” katanya ringkas, namun cukup bermakna.

Di ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa simpati dan prihatin. Ada yang mengingatkan bahawa kejayaan tidak seharusnya ditebus dengan kesihatan, dan ada juga yang melihat insiden ini sebagai peringatan buat semua yang terlalu mengejar komitmen hingga terlupa menjaga diri.

“Health is wealth, rehat dulu KA.”

“Awak pun manusia biasa, jangan terlalu paksa diri.”

“Semoga cepat sembuh KA kesayangan Malaysia."

"Rasa kena ada bini KA ni. Rest well ya. Syafakallah."

"Guess you need somebody to jaga you ...we are looking forward for the very big day..."

"KA, rehat ya nak. Health is wealth. Give yourself a break."

"Get well soon KA kesayangan malaysia…"

Untuk rekod, pembukaan restoran Rembayung mencetuskan fenomena tersendiri apabila Khairul Aming mempertaruhkan masakan Melayu sebagai tarikan utama.

Dari menu hingga ke dekorasi, semuanya dirancang teliti, ditambah pula dengan harga berpatutan yang mendapat persetujuan pengikutnya di media sosial.

Sambutan luar biasa itu membuktikan pengaruh dan kepercayaan yang diberikan kepadanya.

Namun di sebalik kejayaan tersebut, kisah anak kelahiran Cik Siti Wan Kembang itu menjadi cerminan realiti ramai

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang