Selepas kehilangan bapa mentua, KJ terima kemenangan di mahkamah. 'Alhamdulillah, terima kasih...'

No Image Caption
A
A
A

DI sebalik duka kehilangan insan tercinta, bapa mentua yang juga bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, akhirnya hadir sinar kelegaan buat Khairy Jamaluddin apabila keputusan kes saman fitnah memihak kepadanya.

Khairy atau nama sebenarnya Khairy Jamaluddin Abu Bakar, turut meluahkan rasa syukur atas keputusan yang ditetapkan mahkamah sekali gus merakamkan penghargaan kepada barisan peguam yang mewakilinya sepanjang perbicaraan berlangsung.

"Alhamdulillah, terima kasih kepada pasukan guaman saya yang hebat dan Yang Arif hakim kerana menegakkan keadilan," tulisnya di Instagram Story.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat memerintahkan pendakwah bebas, Ustaz Abu Sayfiq membayar ganti rugi sebanyak RM2.5 juta selepas didapati menfitnah berhubung isu pandemik Covid-19 dan program vaksinasi kerajaan.

Keputusan tersebut dibuat oleh Hakim Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Raja Mohzan selepas membenarkan saman yang dikemukakan oleh Khairy selaku plaintif.

Menariknya, sebelum keputusan dibacakan, Abu Syafiq dalam satu hantaran di media sosial menyatakan kesediaan untuk memadam semua kandungan video dan hantaran yang menyentuh isu vaksin serta kaitan dengan nama Khairy.

Artikel Berkaitan:

Khairy sebelum itu memfailkan saman terhadap dua individu, iaitu Abu Syafiq dan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam pada 25 Januari 2022 berkaitan beberapa hantaran dalam talian yang dimuat naik antara Oktober 2021 hingga Januari 2022.

Saman tersebut difailkan menerusi Tetuan Rashid Zulkifli selepas pihak defendan gagal memadam kandungan fitnah dan mengemukakan permohonan maaf seperti yang dituntut pada 16 Januari 2022.

KJ turut menuntut beberapa bentuk ganti rugi termasuk ganti rugi am, teladan dan teruk selain permohonan maaf terbuka di media sosial dan portal berita.

Bagaimanapun pada 15 April 2024, kes saman terhadap Lokman diselesaikan secara baik apabila beliau bersetuju untuk memohon maaf kepada Khairy dalam tempoh 30 hari selain membayar pampasan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang