Usia 67 tahun bukan penghalang! Dr Fauziah kembali dengan misi Freedom Flotilla Coalition walau pernah diculik tentera Isr4el

A
A
A

KENTAL dan bersemangat tanpa mengenal usia. Dr Fauziah Mohd Hasan, 67, bukan sekadar doktor perubatan, beliau adalah simbol keberanian dan keteguhan jiwa seorang wanita Malaysia yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi kemanusiaan.

Pernah diculik tentera Isr4el ketika menyertai flotilla pada 2016, perunding pakar obstetrik dan sakit puan ini tidak gentar untuk kembali ke medan sama. 

Kali ini bersama misi gelombang ketiga Freedom Flotilla Coalition (FFC) 2025, Dr Fauziah membuktikan bahawa perjuangan untuk G4z4 bukan episod sementara, tetapi satu komitmen seumur hidup.

Siapa wanita yang berjiwa kental mengharungi badai serta laut bergelora di Mediterranean ini, berikut fakta menarik wanita bersemangat waja :

1-Dr Fauziah Mohd Hasan bertugas sebagai perunding pakar obstetrik dan sakit puan di Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri di Kuala Lumpur.. 

2-Beliau lulusan Universiti Tasmania, Australia dan memiliki lebih empat puluh tahun pengalaman dalam bidang klinikal. 

3-Penglibatannya dalam misi kemanusiaan perubatan bermula pada 1999 dengan misi ke Kosovo dan sejak itu termasuk misi ke Kepulauan Maluku, Aceh pasca tsunami, Afghanistan, G4z4, Syria, dan Cox Bazar (Bangladesh). 

4-Pada September 2016, wanita hebat ini mengambil bahagian sebagai doktor di Women's Boat to G4z4, bertujuan untuk memecahkan sekatan. 

Artikel Berkaitan:

5-Setelah itu, misi percubaan untuk memecahkan kepungan G4z4 melalui laut pada April 2024 dengan FFC.

6-Dr Fauziah  juga sebagai penasihat kepada Rose2Rose, sebuah agensi di bawah Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) yang mana beliau juga merupakan ahli Lembaga Pemegang Amanah. 

7-Beliau telah mengambil bahagian sebagai pendidik tetamu dalam pelayaran Peaceboat dan merupakan pengasas dan ahli majlis Yayasan Wakaf Antarabangsa Khadijah (L). 

8-Dr Fauziah juga merupakan ahli lembaga di Hospital Pakar An-Nur, Bangi.

9-Pada Januari 2019, beliau dipilih sebagai Pengerusi Gabungan Wanita Malaysia bagi Al Quds dan P4lestin dan kini berkhidmat sebagai penasihat kehormat. 

10-Usaha kemanusiaan beliau telah diiktiraf dengan beberapa anugerah, termasuk anugerah "Khaulah Al Azwar" daripada Menteri Besar Negeri Terengganu, Anugerah Pemimpin NGO Islam 2017 (Kategori Wanita), dan Glow Humanitarian Icon oleh Global Leaders of Women Network (GLOW) pada Mac 2024.

Terkini, misi Dr Fauziah ialah percubaan untuk memecahkan kepungan G4z4 melalui laut dengan gelombang ketiga flotilla kemanusiaan.

Misi kali ini dijalankan di bawah gabungan Freedom Flotilla Coalition (FFC) and Thousand Madleens to G4z4 (TMTG), dengan 10 bot telah berlepas pada 27 September lalu dari Itali manakala kapal Conscience telah dilancarkan di Porto Otranto, Itali dengan para peserta telah berlepas pada 30 September

Menurut kenyataan MyCARE, bagi pihak Malaysia, sejumlah sembilan delegasi menyertai misi ini melalui dua kapal berbeza iaitu seorang doktor perubatan, Dr Maziah Mohammad berada di atas kapal layar Umm Saad (TMTG).

Lapan lagi wakil Malaysia berada dalam kapal Conscience iaitu Profesor Emeritus Dr Mohd Alauddin Mohd Ali yang juga Ketua Delegasi Malaysia dan tiga doktor perubatan iaitu Dr Fauziah Mohd Hassan, Dr Hafiz Sulaiman dan Dr Ili Syakira Mohd Suhaimi.

Dua pensyarah turut serta iaitu Profesor Dr Mohd Afandi Salleh dan Dr Noorhasyimah Ismail; Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE, Norsham Abu Bakar dan wartawan Astro Awani, Syafik Shukri Abdul Jalil.

Menerusi TikTok, Dr Fauziah menganggap misi kali ini bermakna dengan adanya insan istimewa yang juga suaminya, Dr Mohd Alauddin Mohd Ali ikut serta.

"2016, saya satu-satunya peserta flotilla dari Malaysia ke G. Tahun ini, amat istimewa buat saya kerana sahabat dan insan yang mengizinkan saya ke flotilla sembilan tahun lalu ada di sisi," titipnya di TikTok.

Difahamkan, kesemua sembilan kapal FFC x  (TMTG)  dijangka memasuki zon kuning antara tengah malam Rabu hingga awal pagi Khamis.

Sumber: Instagram, Woman Boat to Gaza

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang