Ambil tahu penyakit tiroid
APA itu tiroid? Ia merupakan kelenjar yang terletak di bahagian hadapan leher yang menghasilkan hormon tiroid.
Kelenjar tiroid menggunakan zat iodin (sumber yang diperolehi daripada diet pemakanan seperti garam dan makanan laut) dalam menghasilkan hormon tiroid.
Walaupun hanya berada di leher, menurut Pegawai Perubatan Jabatan Perubatan Am Hospital Shah Alam, Dr Ahmad Luqman Ahmad Shuhaili, kalenjar tersebut memainkan peranan penting kerana bertindak kepada semua sistem dalam tubuh badan.
Tanda-tanda seseorang itu mengalami penyakit itu bergantung kepada masalah tiroid itu sendiri sama ada ia berlebihan atau berkurangan.
“Kebanyakan pesakit yang datang biasanya kerana tidak dapat mengesan lebih awal masalah tiroid ataupun mereka tidak menjalani rawatan sesuai dan mendengar arahan doktor dengan betul.
“Masalah yang mereka hidapi sama ada hormon tiroid menjadi terlalu tinggi atau terlalu rendah. Apa yang kita mahukan adalah, hormon tersebut berada pada paras yang normal. Itu yang penting dan semua orang perlu tahu berkenaan hal tersebut,“ katanya.
Melalui pemeriksaan darah, seseorang itu boleh mengetahui kandungan hormon tiroid berada pada tahap yang mana satu.
Secara umumnya, penyakit tersebut berpunca daripada fungsi penghasilan hormon tiroid yang tidak normal.
Ia terbahagi kepada dua iaitu Hipertiroidisme (tinggi hormon tiroid) dan Hipotiroidisme (kurang hormon tiroid)
Hipertiroidisme
Hipertiroidisme bermaksud hormon tiroid yang berlebihan dalam badan.
Mereka yang mengalami masalah ini mempunyai tanda-tanda seperti berikut:
Selera makan meningkat
Sistem saraf yang terjejas menyebabkan seseorang makan dengan banyak tetapi berat badan berkurangan.
Tremor
Tanda ini boleh disebabkan oleh penyakit degeneratif pada orang tua, tetapi jika berlaku pada orang muda, ini mungkin disebabkan oleh tiroid yang berlebihan. Contohnya, apabila kita meminta pesakit meluruskan tangan dan letakkan kertas, kertas itu akan bergerak disebabkan tangan mereka bergetar.
Mata seakan terkeluar: Mata nampak seperti terkeluar/terbeliak atau bulging eyes (exophthalmos).
Sistem saraf bertindak balas berlebihan: Hormon tiroid berlebihan menyebabkan sistem saraf menjadi bertindak balas berlebihan dan ini boleh mengganggu fungsi normal tubuh.
Hipotiroidisme
Hipotiroidisme bermaksud hormon tiroid yang berkurangan dalam badan. Mereka yang bergejala dengan penyakit itu mempunyai tanda-tanda seperti:
Kelesuan
-Seseorang mudah berasa lesu dan letih.
Sistem saraf perlahan
-Sistem saraf yang perlahan menyebabkan badan menjadi lemah.
Jantung perlahan
- Degupan jantung yang perlahan.
- Kehilangan selera makan Selera makan yang menurun dan kehilangan berat badan.
Masalah memori
- Masalah untuk berkonsentrasi dan memori yang lemah.
Kesan pada janin
Tambah Dr Luqman lagi, statistik menunjukkan nisbah empat berbanding dua, bermaksud dua kali ganda wanita berbanding lelaki yang menghidap penyakit tiroid ini.
“Berdasarkan pengalaman saya, daripada 10 pesakit yang datang, sembilan daripadanya adalah wanita.
“Sistem imun kaum Hawa berbeza daripada lelaki. Banyak penyakit •Hipertiroidisme •disebabkan oleh masalah auto-imun.
“Masalah tersebut berkaitan dengan genetik. Selain itu, ia juga boleh disebabkan oleh jangkitan kuman, kanser atau kekurangan iodin,“ ujar pakar itu lagi.
Beliau yang juga Presiden Pertubuhan Kesihatan Jantung Malaysia (MyHeart), yakni sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memfokuskan kesedaran kesihatan, kesukarelawanan dan dana perubatan memberitahu, hormon tiroid berubah ketika kehamilan sekali gus memberi kesan besar kepada janin.
Oleh itu, penting untuk bakal ibu untuk perhatian lebih tentang masalah tiroid tersebut.
“Hormon tiroid yang berlebihan boleh dipindahkan melalui plasenta kepada bayi, menyebabkannya mengalami masalah tiroid.
Jadi, wanita hamil perlu melakukan pemeriksaan untuk memastikan hormon tersebut berada dalam keadaan normal,“ jelasnya.
Rentetan daripada itu, terjawablah bahawa penyakit itu boleh berlaku seawal usia bayi tersebut dilahirkan menerusi si ibu yang memindahkan hormon tiroid melalui plasenta. ole yang demikian, pemeriksaan lebih diperlukan untuk menentukan hormon tiroid tinggi atau rendah.
Menyentuh tentang rawatan, pesakit yang mengalami masalah tersebut perlu mengambil ubat bagi menstabilkan hormon mereka. Ubat ini sangat penting untuk mengekalkan hormon tiroid dalam paras yang normal.
Selain itu, rawatan lain termasuk lah pengambilan iodin radioaktif atau pembedahan jika ada masalah kanser atau benjolan pada kelenjar tiroid. Pemeriksaan kesihatan berkala juga penting untuk mengesan masalah ini pada peringkat awal.
Masalah tiroid punca lumpuh
Dalam pada itu, Dr Luqman mengatakan, ramai kalangan pesakit tiroid yang datang lewat kerana berasa sihat dan tidak perlu makan ubat. Akhirnya bertemu doktor apabila komplikasi hormon tiroid terlalu tinggi. Keadaan ini boleh mengakibatkan pesakit koma, jantung laju, tekanan darah tinggi dan organ lain terjejas.
Dedah beliau, pernah seorang pesakit berusia 30-an datang dengan kondisi yang tidak begitu baik dengan masalah Thyroid storm. Malah, ketika itu beliau tidak boleh bergerak dan lumpuh pada bahagian kaki.
Selepas melakukan pemeriksaan, ternyata pesakit tersebut mengalami masalah tiroid yang sangat tinggi. Selepas rawatan, barulah sembuh dan boleh berjalan semula
Kesimpulannya, hormon tiroid ini penting untuk kesihatan badan. Jangan abaikan simptom dan pastikan buat pemeriksaan kesihatan secara berkala.
Jalani pemeriksaan thyroid function test (TFT) untuk mengetahui bacaan hormon tiroid. Jika didapati ada masalah tiroid, segera berjumpa doktor dan dapatkan rawatan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang