Jangan pandang enteng GERD! Boleh kena pembedahan jika kronik

No Image Caption
A
A
A

Kehidupan yang semakin sibuk dan bergerak pantas menyebabkan seseorang individu mengamalkan gaya hidup kurang sihat dan pemakanan yang tidak seimbang. Akhirnya mengundang kepada masalah penghadaman.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati bahawa satu daripada tiga orang mengalami gangguan penghadaman pada sesuatu masa. Memandangkan 70 peratus daripada sistem imun kita berada dalam usus, kita tidak boleh mengabaikan kepentingannya kepada kesihatan.

Umumnya, masalah berkaitan dengan usus termasuklah perut kembung, ketidakcernaan, sindrom usus rengsa dan penyakit refluks gastroesofagus (GERD). Dianggarkan terdapat 1.03 bilion pesakit GERD di seluruh dunia dan berlaku peningkatan 78 peratus dalam tempoh 30 tahun lepas.

Tinjauan yang dilaksanakan oleh BMC Gastroenterology pada 2023 mendapati bahawa bilangan individu yang mengalami GERD membentuk 13.98 peratus daripada populasi dewasa di seluruh dunia. Di Malaysia, masalah GERD semakin meningkat dan kini dialami kira-kira 9.7 peratus daripada penduduk negara ini.

Memetik laporan Hello Doktor hasil semakan Dr Ahmad Wazir Aiman, tanda seseorang itu terkena atau memiliki simptom GERD termasuklah:

  • Sakit dada
  • Loya atau muntah
  • Nafas berbau
  • Waterbrash iaitu air liur berlebihan secara tiba-tiba
  • Masalah pernafasan
  • Kesukaran atau kesakitan ketika menelan
  • Pereputan gigi (gigi rosak)
  • Memuntahkan (regurgitation) makanan atau cecair masam
  • Disfagia – Terasa seperti makanan terlekat di tengah dada atau tekak
  • Rasa terbakar di dada yang berlaku selepas makan
  • Sekiranya anda mengalami serangan asid refluks pada waktu malam, gejala yang mungkin dialami:
  • Batuk yang berpanjangan
  • Laringitis: Keradangan bahagian kerongkong di mana terletaknya pita suara
  • Asma
  • Tidur terganggu

pain and stomache old senior asian grandfather in patient uniform suffer from body problem health ideas concept
pain and stomache old senior asian grandfather in patient uniform suffer from body problem health ideas concept

Bagaimanapun, Ketua Perubatan dan Penolong Profesor Sains Kesihatan dari UCSI University, Dr Tan Chung Keat menerangkan bahawa penyakit itu kini semakin lazim dan biasanya dirawat dengan ubat atau dalam kes kronik, memerlukan pembedahan. Malah, beliau juga berkongsi maklumat tentang peranan makanan fungsian asli untuk merawatnya secara semula jadi.

Kesan terapeutik

“Makanan fungsian bukan sahaja tertumpu kepada khasiat pemakanan, tetapi juga berkaitan makanan asli atau makanan tambahan semula jadi yang mengoptimumkan kesihatan dan membantu mencegah penyakit. Salah satu makanan fungsian yang baik ialah kacang soya tertapai (glycine max) yang merupakan sumber protein berasaskan tumbuhan utama di negara-negara Asia Timur.

"Kacang soya tertapai memberikan manfaat kesihatan lebih besar daripada kacang soya yang tidak menjalani proses pemeraman atau penapaian dan telah diiktiraf kerana kesan terapeutik dan terbukti mempunyai ciri-ciri antidiabetes, antioksidan, antikanser dan antiradang,” kata beliau ketika ditemui di sebuah program khas The Gut Show.

Soybean seeds on wooden floor and hemp sacks Food nutrition concept.
Soybean seeds on wooden floor and hemp sacks Food nutrition concept.

The Gut Show adalah sebuah program perkongsian dari pakar tentang penjagaan usus yang baik sekali gus merasmikan produk Nattome, iaitu makanan berlandaskan sains yang dapat membantu mengurangkan dan mencegah masalah berkaitan perut.

Selain daripada itu, pakar diet bertauliah, Indra Balaratnam berkata, usus yang sihat dapat memastikan makanan dan minuman dihadam dengan sebaiknya, membolehkan sel-sel badan menyerap nutrien daripada makanan yang mengukuhkan tahap kesihatan keseluruhan, menguatkan sistem imun dan mengurangkan risiko penyakit kronik.

"Nikmati makanan seimbang yang mengandungi bijirin penuh, protein rendah lemak, sayur, buah, kacang dan bijian untuk menyokong fungsi organ dan penghadaman yang baik.

"Selain itu, gaya hidup juga memainkan peranan seperti kerap bersenam, memastikan tahap stres yang rendah dan mendapatkan tidur yang secukupnya,” ujar Indra.

Ujar beliau lag, amalan pemakanan dan gaya hidup adalah komponen penting untuk menguruskan GERD dan mengurangkan ketidakselesaan.

"Cuba makan secara bertanggungjawab, elak makanan dan minuman yang mencetuskan pedih hulu hati dan refluks asid, makan dalam jumlah yang kecil dan kerap, termasuk makanan kaya dengan probiotik setiap hari, makan tidak lewat daripada 3 hingga 4 jam sebelum tidur.

Pada masa yang sama, beliau juga turut berkongsi cara mengatasi GERD seperti:

  • Elakkan makanan dan minuman yang mencetuskan pedih hulu hati dan refluks asid
  • Makan dalam jumlah yang kecil dan kerap
  • Ambil makanan kaya dengan probiotik setiap hari
  • Makan tidak lewat daripada 3 hingga 4 jam sebelum tidur
  • Elakkan daripada melakukan aktiviti berat selepas makan
  • Banyakkan bersenam
  • Kurangkan stres

Pengambilan makanan yang betul dan seimbang serta perubahan gaya hidup sihat sememangnya dapat membantu melegakan simptom GERD. Mulakan sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang