Dari tradisi ke gaya urban, J Jade & Jewel angkat interpretasi baharu musim perayaan

No Image Caption
A
A
A

MENJELANG musim perayaan hujung tahun, pencinta fesyen dan barang kemas mewah kini mempunyai satu lagi destinasi gaya hidup untuk dikunjungi.

Di tengah kesibukan kota Kuala Lumpur, kehadiran sebuah ruang pameran sementara yang elegan tampil menawarkan pengalaman berbeza, bukan sekadar melihat perhiasan, tetapi menyelami seni, cerita dan emosi di sebalik setiap rekaan.

Jenama barang kemas mewah tempatan, J Jade & Jewel, sekali lagi mencuri perhatian apabila memperkenalkan ruang pameran eksklusif “Jade Holiday Pop-Up” di The Starhill, Bukit Bintang, bermula 9 hingga 21 Disember ini. Dikenali dengan sentuhan sofistikated dan estetika moden, pop-up ini menjadi simbol keberanian jenama tempatan menampilkan jade dalam konteks gaya hidup kontemporari.

Diasaskan oleh gemologis Malaysia, Mandy Ong, J Jade & Jewel terus mengekalkan identitinya dengan menggunakan jade gred A sebagai elemen utama, digabungkan dengan rekaan kontemporari yang segar dan relevan.

Pendekatan ini sekali gus mengubah persepsi jade yang sering dikaitkan dengan gaya tradisional kepada perhiasan yang lebih versatil dan bergaya.

Kemuncak pop-up ini adalah pelancaran koleksi terbaharu, Galaxy Aura, yang diinspirasikan daripada keindahan kosmos dan cahaya bintang. Rekaan koleksi ini tampil dengan kilauan lembut dan sentuhan romantis, selari dengan suasana perayaan yang penuh magis dan kehangatan.

No Image Caption

Gaya  Moden

Setiap helaian perhiasan seakan membawa simbol keabadian dan keanggunan yang tidak lapuk ditelan masa.

Menurut Mandy Ong, J Jade & Jewel sentiasa berusaha memberi nafas baharu kepada dunia jade.

“Kami mahu menampilkan jade dalam gaya moden tanpa mengorbankan seni ketukangan halus dan nilai eksklusifnya.

"Setiap rekaan bukan sekadar perhiasan, tetapi mempunyai cerita dan identiti tersendiri,” jelasnya.

Sejak ditubuhkan pada 2016, jenama ini konsisten memperkenalkan barangan kemas tersuai dan koleksi sedia pakai yang lebih dekat dengan gaya hidup masyarakat masa kini.

No Image Caption

Selain Galaxy Aura, pengunjung turut berpeluang menyaksikan dua koleksi lain iaitu Iconique J dan Forest Glow, yang masing-masing membawa karakter dan inspirasi unik.

Bagi memeriahkan pengalaman pengunjung, J Jade & Jewel turut menganjurkan aktiviti interaktif ‘Cabaran Buka Kunci’. Pengunjung hanya perlu mengikuti akaun media sosial jenama ini dan memuat naik gambar di ruang pop-up untuk berpeluang memenangi baucar bernilai sehingga RM500 daripada J Jade & Jewel, Kel Saloon Fine Dining dan J’adore Atelier.

Dari sudut visual, ruang bergambar bertema ‘taman ungu’ menjadi antara tarikan utama. Dihiasi kubah bunga serta pantulan cermin, suasananya seakan membawa pengunjung ke sebuah taman fantasi yang indah, lokasi sempurna untuk merakam gambar kenangan, khususnya buat pencinta fotografi dan media sosial.

‘Jade Holiday Pop-Up’ dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam di Entrance Foyer, The Starhill, Bukit Bintang, sehingga 21 Disember.

Sebuah persinggahan gaya hidup yang menyatukan seni, fesyen dan keindahan jade dalam satu pengalaman eksklusif.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang