Budak 8 tahun tiba-tiba hilang penglihatan! Doktor ini dedah, rupa-rupanya berpunca dari makan makanan berproses
TIDAK boleh bayangkan penglihatan yang elok dan baik, tiba-tiba hilang buat selama-lamanya.
Itulah yang terjadi kepada murid darjah dua ini yang sering dihidangkan dengan makanan berproses sejak dari bayi.
Seorang pegawai perubatan, Dr Erna Nadia menceritakan semula kejadian yang menimpa kanak-kanak berumur 8 tahun itu yang menyedari penglihatannya hilang semasa sesi pembelajaran di sekolah.
“Teacher, why I can’t see anything?," soal pelajar itu sambil menjerit.
Keadaan itu menyebabkan seluruh kelas terkejut dan guru kemudiannya dengan segera menghubungi ibu ayah murid tersebut untuk dihantar ke hospital.
"Setelah diperiksa dan dilakukan pelbagai pemeriksaan yang mengambil masa sehari dua, result come out Vitamin A Deficiency. Kekurangan Vitamin A yang teruk. Terduduklah ibu ayahnya.
"Bila pakar pemakanan siasat, anak ini cuma makan makanan proses (processed food) sahaja iaitu nuget, sosej, dan biskut (cookies) sejak dari bayi sampailah ke darjah dua.
“Bunyi macam hek eleh kau biar betik doktor? Takkan itu je makanan budak tu? ' Ya betul'," jelasnya.
Tambah beliau, kejadian ini benar-benar berlaku di Malaysia dan ibu bapa pelajar berkenaan bukanlah golongan orang biasa.
Sewaktu kisah ini dikongsikan oleh rakannya, Dr Erna mula berasa marah kerana ada ibu bapa yang seperti itu namun apabila difikirkan semula, kesibukan dengan kerja menjadi punca kepada masalah ini.
“Buta ini tidak dapat dipulihkan. Sebagai ibu, jika kita tak dapat masak selalu sebab sibuk, tapi kita cubalah beli makanan yang betul-betul makan lengkap. Nasi ayam pun okay, bihun sup pun okay, dan kena paksa juga mereka makan makanan yang sihat.
“Kalau kena suap pun tak apalah janji mereka makan makanan yang betul-betul makanan supaya mereka dapat nutrisi itu,” ujarnya.
Dalam pada itu, Dr. Erna turut menyatakan bahawa suplemen tambahan seperti vitamin tidak membantu anak-anak mendapat khasiat makanan yang betul (real food). Beliau turut menyifatkan dia kasihan dengan ibu ayah pelajar itu kerana tahu bukan mudah untuk diterima.
“Sudah tentu tidak mudah juga untuk ini sendiri nak biasakan dengan keadaan diri. Semua benda pasti mengambil masa. Saya kongsi bukan untuk kecam sesiapa, saya kongsi sebagai ingatan untuk diri saya sebab saya pun tak masak hari-hari juga.
“Kita cubalah ya masukkan menu sihat dan makan makanan yang betul-betul makanan setiap hari. Makan nasi dan telur mata dan kicap pun ok, janji makanan betul.
“Makanan proses adalah sangat tidak sihat dan tidak ada apa-apa nutrisi di dalamnya. Semakin lama ia boleh bertahan, semakin banyak warnanya, semakin tidak sihatlah ia,” kata Dr Erna.
Dalam hantaran sama beliau turut memaklumkan simptom awal seseorang kekurangan vitamin A adalah seperti mata menjadi kering, ada macam bayang atau spot kelabu di mata putih, sukar melihat waktu malam atau di dalam gelap, mata kurang menghasilkan air mata, jika dibiarkan akan lead to kehilangan penglihatan.
Antara makanan yang tinggi dengan vitamin A dan boleh diamalkan adalah sayur bayam, carrot, buah mangga, buah betik, aprikot, ikan, ayam, telur kuning dan sweet potatoes.
Jadi selepas ini berjaga-jagalah dalam menguruskan pemakanan anak-anak ya, serta pantau mereka sekiranya ada perubahan atau tabiat pelik berlaku pada diri mereka.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang